Pasrah hilang jari ketika daki Puncak Mera, ratu cantik Malaysia ‘move on’, mahu teruskan misi tawan gunung lain

Iklan
Copy of Copy of gambar portal (61)

 

ALANG-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Meskipun kehilangan salah satu jari kaki kirinya akibat luka beku, ratu cantik Malaysia Datin Harveen Kaur berjaya menawan Puncak Mera pada 11 April lalu.

Iklan
Iklan

Puncak tersebut terletak di tengah-tengah Banjaran Himalaya di Nepal dan berketinggian 6,476 meter dari paras laut.

Dalam satu perkongsian, wanita berumur 44 tahun itu berkata, beliau memulakan ekspedisi tersebut secara solo dari Kuala Lumpur namun menyertai beberapa kawan baru sebaik tiba di sana.

Iklan

"Dalam perjalanan ke High Camp dari Base Camp cuaca masih baik.

"Namun kira-kira 1 jam dari High Camp. Salji mula turun dengan lebat, penglihatan sifar, awan gelap dan dalam sekelip mata, suhu turun kepada -25 /-27.

Iklan

"Percayalah saya betul-betul berasa seperti dalam filem, amat menakutkan. Ketika itu, masih okay, tidak sakit kepala atau pening. Pun begitu, jari-jari sudah berasa sangat sengal,” tulisnya menerusi kapsyen dalam Instagram miliknya.

Baca juga:Muntahkan emas, gunung Erebus mengundang perhatian saintis

Kongsinya lagi, Puncak Mera bukan pendakian yang paling mencabar di dunia, tetapi tidak boleh dipandang ringan.

"Bentuk muka bumi yang curam, ketinggian yang sukar dan ini merupakan satu pengalaman baharu untuk saya.

"Bagaimanapun, ia sememangnya pencapaian besar bagi saya. Walaupun kehilangan satu jari kiri akibat keradangan sejuk, saya reda, tidak mengapalah,” ujarnya.

Baca juga:Pendaki gunung sesak nafas meninggal dunia, sempat masak stok lauk untuk keluarga. 10 info anda perlu tahu elak kematian ketika mendaki

Enggan terus mengingati peristiwa pahit itu, Harveen Kaur sudahpun meletakkan sasaran untuk menakluki gunung lain pada Disember ini.

Beliau sebelum ini memperoleh pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai 'Ratu Cantik Pertama Berjaya Sampai ke Puncak Gunung Kilimanjaro’.

Ia merupakan puncak tertinggi di Afrika yang mana empunya diri berjaya tiba ke Puncak Uhuru yang berketinggian 5,895 meter pada 24 September tahun lepas.

Untuk rekod, Harveen Kaur pernah merangkul gelaran Mrs Malaysia World pada 7 September 2017.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!