BARU-baru ini kita digemparkan dengan berita pendaki wanita meninggal dunia ketika mendaki Gunung Reskit, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Pendaki berkenaan yang merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata, Zahalita Othman, 52, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia 7.30 pagi.

Media melaporkan proses membawa turun jenazah mangsa terpaksa ditangguhkan berikutan kesukaran dihadapi helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi disebabkan faktor cuaca di lokasi.

Baca juga: Elak aktiviti mendaki, 4 risiko musim tengkujuh

Baca juga: Mendaki bukan sekadar ikut kawan, kena tahu risiko dan penyakit yang mudah menyerang. Ini salah satu ancamannya

Baca juga: [VIDEO] Gaya dah ala-ala pelumba, tapi tewas mudah juga dengan tenaga budak ketika mendaki

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Pendakian menawan Gunung Tahan-Merapoh itu disertai Zahalita bermula 1 Februari lalu.

2-Namun pada 6 Februari lalu arwah sesak nafas dan disahkan meninggal dunia 7.30 pagi.

3-Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jerantut menerima panggilan dari Ketua Balai Polis Merapoh pada pukul 12.45 tengah hari memaklumkan kematian.

4-Operasi menyelamat bermula sejak petang Selasa bagi membawa keluar mangsa namun ia mengalami kesukaran ekoran hujan dan kabus tebal.

5-Jenazah Zahalita yang terkandas di Gunung Reskit, Kuala Tahan selama dua hari susulan cuaca buruk sebelum berjaya dibawa turun oleh JBPM dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat.

4-Berdasarkan siasatan awal, polis mengklasifikasikan kes berkenaan kepada laporan mati mengejut.

6-Jenazah Zahalita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor pada jam 2 pagi, Jumaat.

Baca juga: Lari 367km sebulan, berbasikal 1,300km seminggu, ‘terlebih’ bersukan lelaki hampir maut, perut terpaksa dibedah

Baca juga: Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka ‘hiking’, berkhemah, berkelah wajib tahu

Baca juga: Ini pantang larang & 20 barang penting wajib bawa bila camping dalam hutan

‘INI PENDAKIAN TERAKHIR IBU’

Anak sulung Zahalita, Mohamad Hafizzudin Saharuddin, 32, berkata ibunya mengatakan ekspedisi pendakian Gunung Tahan-Merapoh itu adalah yang terakhir.

“Saya tidak sangka kejadian berlaku. Sebelum itu, Ibu ada berjanji dengan kami ini ‘last’ (terakhir) mendaki bukti atau pun gunung. Ibu bukan hanya pesan dengan saya dan adik beradik sahaja, tetapi dengan semua.

“Bila berlaku perkara ini, benarlah kata ibu perjalanan pendakian terakhir semasa hari jadinya pada Selasa lalu,” katanya yang pilu pemergian ibu tepat pada tarikh lahir wanita itu.

Menurut Mohamad Hafizzudin, ibunya sihat kerana kerap mendaki di samping tidak lupa rutin pemeriksaan kesihatan tahunan.

Namun kali terakhir mereka berhubung iaitu sehari sebelum Zahalita meninggal dunia. Menerusi foto yang dikirim, kata Mohamad Hafizzudin wanita itu kelihatan penat.

Bagaikan sudah tahu akan pergi selamanya, arwah baharu kehilangan ibu difahamkan telah berpesan kepada anak dan menantu keluarga tentang persediaan sekiranya dia sudah tiada termasuk tentang insurans yang diambil.

Arwah Zahalita juga sempat memasak bekalan makanan untuk seminggu buat anak-anaknya walhal perkara itu tidak pernah dilakukan jika hendak mengikuti ekspedisi sebelum ini.

Anak bongsu, Safiyyah Umairah Saharuddin, 17, berkata ibunya meminta beliau dan adik beradik yang lain memanaskan masakan berkenaan.

Baca juga: Sakit tengah dada waktu pagi jangan ambil mudah, 15 tanda serangan jantung wanita perlu tahu

Baca juga: Mendaki bukan sekadar ikut kawan, kena tahu risiko dan penyakit yang mudah menyerang. Ini salah satu ancamannya

Baca juga: Awas, wanita menopaus lebih mudah diserang sakit jantung

HATI-HATI, KEMATIAN MENGEJUT KETIKA MENDAKI

Sebenarnya, kes ini bukanlah yang pertama dilaporkan. Tragedi serupa pernah berlaku membabitkan pendaki-pendaki baharu mahupun yang bertaraf profesional.

Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang berkata, apabila seseorang berada di tempat tinggi, komposisi tekanan udara menjadi semakin rendah apabila kedudukan dari atas laut semakin meningkat.

Iklan

“Keadaan itu akan menyebabkan jumlah oksigen mengalami penurunan sehingga menyebabkan kesempitan pada dada dan berlakunya keadaan sesak nafas (dyspnea) apabila berada di tempat tinggi,” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Ujar Dr Ahmad Samhan, punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga emas yang bersukan adalah disebabkan oleh serangan jantung akibat daripada penyumbatan salur darah koronari jantung.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan mendaki bukit dan ia sekali gus boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik termasuk boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Ada sesetengah daripada kita akan mengikut kawan. Apabila kawan ajak untuk mendaki bukit, kita pun turut sama ikut tetapi kita tidak periksa kesihatan dan tidak tahu tahap keupayaan diri,” katanya lagi.

Kepada yang mahu mula mendaki, berikut saranan Dr Samhan:

i) Mulakan dengan kadar sasaran jantung yang rendah (60 peratus).

ii) Apabila kecergasan meningkat, anda boleh melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat untuk mencapai kadar sasaran jantung sehingga ke paras yang tinggi iaitu 85 peratus.

iii) Sebagai contoh, jika umur anda 45 tahun, kadar sasaran jantung anda ialah 105 hingga 149 degupan per minit.

v) Setiap lelaki berusia lebih 40 tahun dan wanita yang berusia lebih 45 tahun wajib melakukan pemeriksaan kesihatan.

iv) Wanita yang menopaus terdedah kepada risiko sakit jantung disebabkan hormon estrogen dan progesteron yang melindungi mereka sebelum ini sudah ‘berakhir’.

vi) Lelaki pada peringkat umur 40 tahun turut berisiko sakit jantung terutamanya mereka yang ada darah tinggi, kencing manis, kolesterol lemak yang tinggi dalam badan, mereka yang merokok dan faktor genetik.

Iklan

Berikut antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk orang ramai menghindarkan diri daripada masalah kesihatan:

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

2. Pastikan mendapat rehat yang mencukupi sebelum melakukan aktiviti fizikal.

3. Minum air supaya badan sentiasa dalam keadan hidrasi.

4. Jika mempunyai sejarah kesihatan, tidak digalakkan untuk mendakit bukit.

Anda dinasihatkan mendaki secara berteman atau berkumpulan supaya mudah mendapatkan bantuan ketika kecemasan.

Oleh itu, sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal yang ekstrem, periksa dahulu kesihatan diri dan jangan lupa semak tahap keupayaan diri masing-masing.

Sumber: Berita RTM, Sinar Harian 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!