'Terus kuat, perjalanan masih panjang.' Kembali bertenaga, Fatimah The Family UK sambung bersekolah di hospital

Iklan

ALHAMDULILLAH, personaliti media sosial, si cilik Fatimah Omar Mukhlis kembali ke sekolah selepas dua minggu terlalu lemah untuk mengikuti pembelajaran.

Berkongsi situasi yang semakin positif, ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, 43, atau lebih dikenali dengan panggilan Mrs Mom memaklumkan, cahaya matanya itu memulakan semula sesi berkenaan selepas genap 39 hari mendapatkan rawatan di hospital.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah berkat doa ramai, setelah lebih dua minggu, akhirnya semalam, 5 Jun, Fatimah kembali bertenaga untuk meneruskan pembelajaran walaupun hanya dari katil hospital.

"Hari ini, 6 Jun, Fatimah minta cikgu melanjutkan masa belajar supaya boleh menyudahkan karangan Bahasa Inggeris yang dia tulis. Sampai cikgu pun turut gembira tengok Fatimah kembali bersemangat," kata Nor Ashila.

Iklan

Rupanya Fatimah begitu mencintai ilmu. Biarpun sedang mendapatkan rawatan di wad, si petah itu sebenarnya tidak ketinggalan dalam akademik. Hanya selepas situasi kesihatan kritikal baru-baru ini yang membataskan sesi pembelajaran.

Iklan

"Fatimah mula bersekolah di hospital sejak bulan Mac lalu.

"Tapi semenjak 21 Mei, kesihatan Fatimah mula merosot dan dia terlalu lemah untuk meneruskan pembelajaran. Walaupun setiap hari cikgu datang menjenguk, Fatimah terlalu lemah untuk belajar.

Warganet terus memberikan sokongan dan kesembuhan buat kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Baca juga: Keadaan kurang baik, Fatimah The Family UK ditidurkan. Prosedur biopsi dilakukan sekali lagi

Baca juga: 'Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.' Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

Fatimah kini sedang mendapat rawatan di Hospital Birmingham, United Kingdom (UK) sejak Mac lalu.

Fatimah ketika Hari Raya Aidil Fitri 2023.

Biarpun tidak didedahkan masalah dihadapi, warganet tidak putus-putus mendoakan kanak-kanak itu pulih segera terutama ketika mengalami pendarahan selepas ujian biopsi yang dilakukan untuk mengesan penyakit.

Fatimah yang juga merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam pernah menerima Anugerah Bintang Popular bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2018.