Air terjun tertinggi di Asia dikatakan sumber air paip, ini rupanya kisah pelik di sebalik kontroversi Gunung Yuntai

Iklan

LAZIMNYA, sumber air terjun adalah mata air yang berpunca daripada celahan pokok atau batu sebelum menjadi anak sungai yang mengalir deras.

Disebabkan keunikan tujahan air dari tempat tinggi tersebut, maka wujudlah banyak tempat rekreasi berasaskan air terjun yang menjadi pilihan ramai untuk healing bersama kawan atau famili.

Iklan
Iklan

Di China, misalnya juga terkenal dengan air terjun tertinggi di Asia yang terletak di kawasan pergunungan Yuntai yang sudah diwartakan sebagai tapak Taman Geo Yuntai.

Air Terjun Yuntai antara destinasi liburan paling popular dengan taraf lima bintang oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China.

Iklan

Ini kerana, ia mempunyai panorama cukup rare dengan ketinggian mencecah 314 meter, selain formasi geologi yang sudah wujud sejak lebih 1 bilion tahun.

Iklan

Pun begitu, kredibiliti lokasi tumpuan pelancong itu tergugat gara-gara pendedahan seorang pengunjung sehingga mencetuskan kontroversi hangat.

Lapor CNA, seorang pemuda baru-baru ini telah membongkarkan fakta yang tak disangka-sangka sehingga menimbul rasa kurang senang pengunjung.

Mana tidaknya, rakaman dron mendedahkan punca air terjun berkenaan adalah daripada beberapa paip gergasi yang dipasang dalam celahan batu.

Video yang dikongsikan jelas kelihatan paip yang menjadi sumber air yang dipasang di puncak berbatu Geopark Global UNESCO tersebut.

Video yang dikongsikan itu menjadi sensasi di media sosial sehingga mendorong penyiasatan oleh pihak berkuasa.

Rata-rata pengunjung rasa kecewa dan tertipu, selain mempertikaikan title air terjun paling tinggi di Asia tersebut bukanlah mata air semula jadi.

Penjelasan

Bagi menjawab kontroversi tersebut, pihak pengurusan Yuntai Geo Park memberitahu, pemasangan parip tersebut adalah bertujuan untuk menambah aliran air ketika musim kemarau.

Tidak mahu tanda tanya orang ramai berpanjangan, pihak berwajib dalam satu kenyataan menulis, pihaknya tidak menyangka perkara sedemikian boleh terjadi.

"Justeru, satu inisatif kecil dilakukan semasa musim kemarau supaya Air Terjun Yuntai sentiasa dalam keadaan paling cantik,” tulisnya.

Baca juga Destinasi Asia dengan carian tertinggi pelancong Eropah, tak sangka Malaysia duduk tempat ke-4 selepas Jepun

Difahamkan, pihak pengurusan mengepam sumber mata air untuk disalurkan terus ke air terjun tanpa merosakkan landskap asal.

‘Penambahbaikan’ tersebut bertujuan untuk memastikan aliran air tidak berubah meskipun dilanda musim kemarau.

Semata-mata mahu mengekalkan keindahan air terjun yang diagungkan orang ramai, lain pula penerimaan orang ramai.

Mungkin ramai yang kecewa air terjun itu ‘dibantu’ paip untuk aliran air deras tak ubah seperti air terjun buatan, kan?

Jadi, apa pandangan kalian? Boleh kongsikan di ruang komen kami nanti.