Genap lima tahun pemergian suami, Bunga Citra Lestari titipkan ucapan rindu. 'Ramai sayang & jaga kami di sini'

Iklan

LIMA tahun bukanlah satu tempoh yang sekejap. Walaupun telah berlalu tetapi memori yang indah tetap disimpan dengan rapi. Lebih terkesan apabila pemergian insan tersayang secara mengejut tanpa memberikan apa-apa petanda.

Bunga Citra Lestari atau pun nama glamornya BCL melalui perkongsian terbaru di akaun Instagram miliknya menunjukkan beliau bersama anaknya, Noah dan suaminya, Tiko menziarahi perkuburan Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair

Iklan
Iklan

"Hai awak...lima tahun bukan waktu yang sebentar. Anaknya sekarang sudah besar. Sudah tinggi. Sudah boleh pakai baju kamu. No need to worry about us. Ramai yang sayang dan menjaga kami di sini. Wishing you eternal peace there.

Iklan

"Five years have passed, but the ache of your absence remains. Life moves forward, yet we carry you in every moment, every prayer. So much has changed, but our love for you never will. You are missed beyond words, loved beyond measure, and remembered always” luah BCL yang dimuat turun di Instagram miliknya.

Kelihatan anak beranak itu mengaji bersama dengan riak wajah sedih mungkin kerana masih mengingati kenangan pahit yang berlaku lima tahun lalu.

Iklan

Setiap kali 18 Februari tiba, BCL dan anaknya pasti menziarahi pusara Allahyarham. Aktor, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.