KEMUNCULAN Kasih Iris Leona yang merupakan anak perempuan kepada pelakon, Azhar Sulaiman mencuri perhatian ramai.
Jika sebelum ini, gelagat pempengaruh media sosial itu sering mendapat kritikan ramai lebih-lebih lagi apabila sering tampil seksi, namun akhir-akhir ini ramai yang jatuh suka dengannya.
Di sebalik gayanya yang bersahaja dengan pelat cakap Melayu membuatkan ramai terhibur.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Terbaharu, gadis yang cukup meminati rona merah jambu itu ada memuat naik gambar bersama kembarnya, Andika Rees di Instagram (IG) miliknya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuklah ayah mereka sendiri.
Justeru, menjengah ke IG milik tuan punya badan yang mesra disapa Behar itu, beliau berkongsi semula (repost) hantaran Leona bersama Rees sewaktu mereka berdua terlibat dengan program lawak terbitan sebuah stesen televisyen swasta, baru-baru ini.
Sebagai ayah, beliau meluahkan rasa terharu melihat kedua anaknya itu sudah mampu terbang lebih tinggi di kala usia mereka yang semakin meningkat naik.
Azhar turut menitipkan pesan buat mereka berdua supaya sentiasa menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.
"My Twins, Rees & Leona nampaknya sudah tahu membawa diri dan terbang sendiri.
"Nasihat daddy... Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat dan sentiasa bersikap seperti Padi.
Dalam perkongsian yang sama, beliau turut mencuri perhatian apabila seakan memberi bayangan untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan memandangkan kedua anaknya itu sudah mampu berdiri atas kaki sendiri.
"Mungkin sudah tiba masanya Behar mengudurkan diri dari Public Eyes," ujar menerusi kapsyen.