Batal nikah 31 Mei, Siti Jamumall pilih lelaki lain & ijab kabul di Thailand. 'Alhamdulillah'

Iklan

Iklan
Iklan

PEMPENGARUH dan usahawan sensasi, Siti Jamumall didakwa sudah bernikah di Satun, Thailand, pada awal bulan ini.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah di laman sosial TikToknya.

Iklan

Menerusi video yang dimuat naik, Aiman menyarungkan cincin kepada Siti dan pasangan mempelai itu bersalaman dipercayai dalam upacara membatalkan air sembahyang.

Selan itu, Aiman dilihat menyerahkan jambangan bunga mas kahwin kepada pengantin perempuan.

Iklan

Turut kelihatan abang Siti, Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.

Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

"Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan," katanya ringkas.

Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Baca juga: Bukan drama, ini kisah benar. Insiden tertukar bayi, taut silaturahim dua keluarga

Baca juga: Ibu hampir pengsan Siti Jamumall kemalangan, terbaring 2 jam,'terima kasih ambulans KKM bantu'

Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.

Namun, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis itu.

Siti Jamumall terdahulu bercerai dengan talak satu pada Disember tahun 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Wanita itu pernah tular selepas mendakwa anak keduanya yang baru dilahirkan telah tertukar semasa dibawa pulang dari hospital.