Ibu hampir pengsan Siti Jamumall kemalangan, terbaring 2 jam,’terima kasih ambulans KKM bantu’

TERKEJUT dengan berita anaknya kemalangan jalan raya, ibu kepada pempengaruh dan ahli perniagaan Siti Jamumall hampir pengsan.

Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya, terbaring atas jalan raya akibat kemalangan yang hampir meragut nyawa.

Malah, pemilik nama sebenar Siti Suriani Wahiddin itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.

Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkata, beliau berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.

“ALLAH masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.

“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Baca juga Bukan drama, ini kisah benar. Insiden tertukar bayi, taut silaturahim dua keluarga

Menurutnya, dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.

Iklan

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” katanya.

Baca juga Tertukar bayi: Rina cadang pakai gelang barcode pada bayi, check anak sebelum discaj

Menjengah ke media sosial miliknya, rata-rata warga maya menitipkan doa kesembuhan dan dipermudahkan urusan buatnya sekeluarga.

Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!