IBU mana tidak risaukan anak. Pelakon dan usahawan, Yana Samsudin meluahkan kebimbangan keadaan anak ketiganya yang mengalami masalah kulit.
Yana memuat naik video bayi berusia enam bulan itu menggaru bahagian leher hingga berdarah.
"Krim leher gatal dah macam-macam sudah.. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua sudah cuba tidak sesuai dengan Hakeem.
"Anak kalian pernah jadi begini tak?" luahnya di Instagram.
Video berdurasi 23 saat menunjukkan si kecil itu menggaru-garu ketika sedang tidur.
Warganet turut risau dengan keadaan Hakeem dan berkongsi pelbagai tip pada ruangam komen. Rata-rata menbatakan anak ketiga Yana mengalami ekzema. Ujar mereka:
"Boleh sarungkan tangan supaya tak garu sampai berdarah."
"Bawa ke klinik pakar kulit Yana."
"Alahai nanti mandi mesti pedih. Bawa ke klinik cepat, jangan sampai melarat."
"Allahuakbar, ibu-ibu yang ada anak ekzema jer faham."
"Yana, cuba tukar losen dan mandian."
Semoga si kecil sembuh segera.
Baca juga: Melawan kegatalan ekzema, elak ambil makanan ini jika tak nak kulit makin teruk
Baca juga: Ekzema, penyakit tidak berjangkit dan perlu dirawat sebelum parah