Resit pajak RM400,000 dirampas, 4 suspek samun rumah Kieda Crepe bakal didakwa

Iklan

INFLUENCER dan usahawan pemanis mulut, Kieda Crepe menghela nafas lega apabila polis berjaya melengkapkan kertas siasatan berhubung penahanan empat individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pecah rumahnya April lalu.

Iklan
Iklan

Dengan itu, secara keseluruhan, polis berjaya merampas barang kemas dan emas bernilai RM100,000 dan mendapatkan semula resit pajak gadai bernilai RM400,000 hasil daripada jualan barang kemas yang dicuri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek terdiri dua pasangan suami isteri berusia 20 hingga 27 tahun ditahan pada 6 Jun lalu dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Iklan

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan.

Iklan

Kieda atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais, 27, menzahirkan kesyukuran susulan perkembangan itu.

"Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan yang sulit ni. Terima kasih Ya ALLAH.

"Semoga ALLAH permudahkan urusan kami," kongsi Kieda di TikTok.

Imbas kembali, keempat-empat dalang jenayah itu dicekup Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sejurus selepas selesai prosiding sebutan bagi satu kes pecah rumah di sana pada 6 Jun.

Usahawan wanita kelahiran Pulau Pinang itu terdahulu menjadi mangsa pecah rumah 25 April dan hanya mendedahkan kepada umum selepas 40 hari ia berlaku.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam 8 hingga 11 malam itu, peti besi yang mengandungi barang kemas dan wang tunai seberat 200 kilogram bernilai RM800,000 adalah satu-satunya barangan yang hilang.

Baca juga: Kronologi rumah dipecah masuk, usahawan Kieda Crepe rugi hampir RM1 juta, peti besi 200kg hilang

Baca juga: Hanya RM40,000 jer ditemui daripada RM800,000. 4 suspek kes pecah rumah Kieda Crepe dicekup

Baca juga: Suspek pecah rumah Kieda disyaki pernah rompak rumah Kak KM & 2 usahawan, adik-beradik & suami isteri."Mereka buat road tour'

Awalnya tiada tangkapan dibuat. Malah petunjuk juga gagal diperolehi berikutan tujuh cap jari yang ditemui di lokasi kejadian tiada di dalam pangkalan data.

Ketika kejadian polis mengesahkan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman Kieda juga didapati rosak.

Warganet turut berkongsi perasaan gembira dan mendoakan pemilik jenama dessert popular itu mendapat semula segala barangan yang hilang. Ujar mereka:

-"CCTV ALLAH itu unlimited."

-"Alhamdulilah, kuasa ALLAH. Berkat kesabaran Kieda. satu ujian besar hampir selesai. Terus semangat ya Kieda dan famili."

"Moga dipermudahkan segala urusan Kieda."

Sama-sama kita doakan semoga Kieda berjaya mendapat kembali barangan yang hilang.