Suspek pecah rumah Kieda disyaki pernah rompak rumah Kak KM & 2 usahawan, adik-beradik & suami isteri. "Mereka buat road tour'
USAHAWANdessert terkenal, Kieda Crepe mendakwa empat individu yang memecah masuk kediamannya April lalu terdiri daripada adik-beradik dan suami isteri.
Paling sensasi, pempengaruh 27 tahun itu mendakwa keempat-empat mereka terdahulu terlibat dalam kes rompakan usahawan popular Liana Rosli atau Kak KM.
Tak hanya itu, suspek berkenaan juga disyaki pernah memecah masuk ruma pengasas kosmetik di Kelantan dan seorang lagi usahawan di Rawang.
"Empat suspek yang terlibat dalam kes saya adalah suami isteri dan adik beradik. Mereka sudah biasa pecah rumah Kak KM, pernah juga pecah rumah founder Selangor.
"Semua suspek itu saya dan suami langsung tidak kenal. Mereka duduk di Kuantan, tapi buat kerja (merompak) di Penang. Rupanya mereka buat road tour," tutur Kieda menerusi videonya.
Kieda juga turut memuat naik foto dua suspek wanita yang terdiri daripada adik dan kakak. Lebih membuatkan usahawan itu menyirap, suspek berkenaan dikatakan berkongsi foto memakai barang kemas miliknya di laman sosial.
Pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais turut berkongsi, berdasarkan maklumat daripada pihak D4 dan IPD Kepala Batas, suspek aktif melakukan jenayah biarpun masih berdepan dengan prosiding kes rompakan rumah Kak KM yang melibatkan kehilangan peti besi berisi jongkong emas dan wang tunai bernilai RM3.5 juta!
Baca juga: Kronologi rumah dipecah masuk, usahawan Kieda Crepe rugi hampir RM1 juta, peti besi 200kg hilang
Baca juga: Hanya RM40,000 jer ditemui daripada RM800,000. 4 suspek kes pecah rumah Kieda Crepe dicekup
Kini Kieda meluahkan syukur selepas mendapat petunjuk baharu dan suspek telah diberkas.
"Hari ke-44 dapat jawapan, sedikit menenangkan hati saya dan suami. Hilang sedikit trauma.
"Kami juga menunggu siasatan yang sedang berjalan sekarang ini. Empat suspek itu sudah direman. Semoga ada keadilan," katanya.
Dalam pada itu, suami Kieda, Mohd Hilmi Zaki mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bertungkus lumus menjalankan siasatan.Sebelum ini, media tempatan melaporkan seramai empat suspek termasuk dua wanita ditahan reman selama enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan kes.
Kesemua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun dan mereka berjaya ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara pukul 9 hingga 10 pagi pada Khamis bersama barang kemas bernilai RM40,000.
Polis mengesyaki suspek telah menjual sebahagian barangan kemas tersebut dan tidak menolak akan ada tangkapan baharu untuk membantu siasatan.
Pada 25 April lalu, Kieda mendakwa kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak yang memecah masuk rumahnya di Pokok Sena, Pulau Pinang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang