SVG Worldwide dan Selangor FC lancar koleksi terbaru High Mile Club 24

Iklan

SVG Worldwide dan Selangor FC dengan bangga mengadakan pelancaran koleksi terbaru,"High Mile Club 24" di Petronas Sepang International Circuit.

Tujuan acara ini adalah untuk mempamerkan produk kolaborasi antara SVG Worldwide dan Selangor FC. Majlis tersebut dihadiri 300 tetamu, termasuk tetamu kenamaan, rakan-rakan serta keluarga SVG Worldwide dan Selangor FC.

Iklan
Iklan

Bermula dengan pembukaan video daripada Petronas Sepang International Circuit, diikuti dengan pembentangan oleh Ashraf Anuar dan Ridhuan Mahmud mengenai produk dikeluarkan secara rasmi pada 8 Jun lalu, para tetamu turut disajikan dengan majlis fashion show yang digayakan oleh Nimroc dengan mengenakan produk terbaharu.

lebih istimewa lagi, acara tersebut turut dihadiri oleh Amirul Hakeem & Halisya dengan"Trivela Varsity", diikuti oleh Aizat dan Faazaini dengan"The Imperium Crewneck", dan diakhiri dengan Izlan Iskandar dan Azam dengan"Kick Off Tee" dan"Jaquard Scarf".

Iklan

Tamat pertunjukkan fesyen, majlis dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah. Lima hadiah telah dimenangi oleh tetamu yang bertuah, termasuk"Trivela Varsity","The Imperium Crewneck","Kick Off Tee","Jaquard Scarf", dan"Travel Kit".