PELAKON Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila impiannya tercapai bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama ibu tercintanya.
Menurut Elfira atau Nurul Elfira Loy, perancangan untuk menunaikan haji bersama ibunya itu sudah lama dibuat sejak beberapa tahun yang lalu.
"Syukur sangat impian mama dan El untuk mengerjakan Haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.
Elfira turut berkongsi pengalaman selepas terpaksa menolak tawaran mengerjakan haji dari Tabung Haji tahun ini kerana mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil.
"Sebenarnya Alhamdullillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan haji dari Tabung Haji.
"Tapi disebabkan memikirkan fasal anak jadi saya menolak dan dahulukan mama dulu untuk mengerjakan haji.
Bagaimanapun rezeki itu datang sekali lagi apabila Elfira menerima undangan daripada Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada saat-saat akhir.
Elfira menyifatkan jemputan kali kedua ini membuktikan dirinya sememangnya ditakdirkan menjadi tetamu ALLAH bagi melengkapkan rukun Islam kelima bagi umat Islam.
"Pada hari doa selamat mama, El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi.
Elfira berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun lalu.
Baca juga: Bakal hajah muda! Rezeki tunai haji usia 30 tahun, Elfira Loy luah syukur
Baca juga: Legenda rock Amy Search, Ella Aminuddin selamat bergelar haji dan hajah