Legenda rock Amy Search, Ella Aminuddin selamat bergelar haji dan hajah

No Image Caption
A
A
A

KEDUA-duanya mempunyai kelas tersendiri dalam arenaseni suaratanah air. Sejuk rasanya hati apabila melihat bintang rock legenda, Datuk Amy Search dan Ella selamat menunaikan haji tahun ini.

Selebriti tersebut ditemani pasangan masing-masing di Tanah Suci.

Amy, 65, ditemani isterinya, Norhasniza Hassan, manakala Ella, 56, pula bersama suaminya, Azhar Ghazali.

No Image Caption

Paling mengggembirakan, kedua-duanya sudah selamat bergelar haji dan hajah selepas selesai menunaikan fasa terakhir dalam rukun haji.

"Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian daripada rukun haji.

"Terbanglah ke sini mencari abadi, terbangkan ke mari mencari hakiki," tulis Ella yang turut meninggalkan lirik lagu Rama-Rama pada Instagram.

HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN ISTIMEWA

Amy atau namanya Suhaimi Abdul Rahman pula menyifatkan pemergiannya menunaikan haji bersama Norhasniza adalah hadiah terindah untuk isterinya itu sempena ulang tahun kelahiran.

"Demi cintaku padamu, ke mana pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora. Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada ALLAH SWT buatmu Hajah Nor.

No Image Caption

"Hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu.Begitulah aturan ALLAH SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijah bersamaan 15 Jun 2024.

"Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku pada mu hingga ke Jannah," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.

Selain Amy dan Ella, antara selebriti tempatan yang menunaikan haji pada tahun ini ialah Johan dan isteri, Ozlynn, Datin Alyah, Raja Azura, Que Haidar, Wan Maimunah dan Elfira Loy.

Baca juga: Que Haidar tunai umrah & haji berlepas ke Tanah Suci, pelukan adik-beradik di lapangan terbang undang sebak

Baca juga: 'Temukan orang terbaik menjadi imamnya.' Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

Baca juga: 'Aku tinggalkan suami, anak, ibu dan seluruh keluarga kepada-MU.' Alyah bertolak tunai haji, akui berat hati tinggalkan Nur Izzara

Baca juga: Bakal hajah muda! Rezeki tunai haji usia 30 tahun, Elfira Loy luah syukur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang