Tragis! Lelaki serah diri lepas bunuh isteri di hotel rupanya tak puas hati tuntutan fasakh, berikut kronologi menyayat hati

Iklan

Iklan
Iklan

BERULANG kali penulis membaca kisah ini kerana anggapan ia berlaku di luar negara. Namun tak sangka insiden tragis ini terjadi di Batu Gajah, Perak!

Tidak dapat membayangkan tragis dan tergamaknya seorang suami yang sanggup meragut nyawa isteri menggunakan pisau di sebuah bilik hotel sebelum menyerahkan diri di balai polis.

Iklan

Malah lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan membuat pengakuan membunuh semasa hadir ke Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang, Khamis.

Sedang berdepan masalah rumah tangga, pasangan berkenaan dipercayai dalam proses perceraian.

Iklan

Berikut kronologi kejadian yang menyayatkan hati yang dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

1-Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian terbabit.

2-Menurutnya, daripada laporan awal diterima, lelaki terbabit datang ke balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya.

3-Menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Md Noor Aehawan Mohammad, siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan telah menikam isterinya yang berusia 32 tahun di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah.

4-Hasil siasatan polis menemukan susuk badan mangsa yang dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dengan sebilah pisau yang turut ditemui di tempat kejadian.

5-Motif pembunuhan ialah si suami tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

6-Pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah hadir Bersama pakar patologi telah mengesahkan kematian mangsa.

7-Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir secara berasingan dan telah menginap di dalam bilik yang sama sebelum kejadian iaitu 19 Jun 2024.

Baca juga: Tragis! Kronologi wanita maut dipukul dengan tukul angkara cemburu, suami menangis lepas bunuh, tujuh anak hilang ibu

Baca juga: Mahkamah bertukar sayu, Lans Koperal tembak maut isteri hamil rayu ziarah kubur sebelum ke hospital psikiatri

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

8-Kes berkenaan disiasat di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

9-Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Gunaselan Vijaya Kumar di talian 012-363 4341 untuk membantu siasatan.

10-Dalam perkembangan terbaru, lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 Jun depan. Permohonan reman berkenaan dibenarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin selepas lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah jam 8.33 pagi, Jumaat.