Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok
March 15, 2021
Oleh Faezah Muda

KATA orang suami mana yang tak sayangkan isteri!

Namun apa yang terjadi pada 1 Mac lalu menggemparkan negara apabila seorang suami bertindak membunuh isteri dengan kejam!

Ibu kepada dua anak yang masih kecil itu dilaporkan mati ditembak sebelum mayatnya dimasukkan dalam tong berwarna biru dan ditanam di sebuah ladang di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Menurut portal tempatan, dua suspek termasuk suami kepada wanita tersebut akan dituduh esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek utama yang berusia 43 tahun serta rakannya yang berusia 32 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, jika tiada halangan (suspek) akan dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada 16 Mac.

Iklan

Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya...

Sebelum ini, Datuk Ayob Khan turut mengatakan kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu, selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Katanya, kes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu.

Iklan

Katanya lagi, ia membawa kepada penahanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah kira-kira 2 pagi, Isnin (sebelum itu) dan tidak pulang ke rumah sejak itu. Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham dengan isterinya itu sebelum mangsa keluar rumah.

Baca juga Video tular jemaah solat Jumaat dari hentian bas, ini penjelasan Mufti

Bagaimanapun, suami mangsa yang juga seorang pemandu jengkaut akhirnya mengaku membunuh isterinya ketika wanita berkenaan sedang tidur dengan menggunakan senapang angin pada jarak dekat.

Mayat wanita malang berkenaan dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum ia dibawa ke sebuah ladang serai di Bandar Penawar, lebih 30 kilometer dari kediaman mereka dan ditanam di situ.

Terdahulu, suspek yang juga suami kepada wanita berusia 38 tahun dan rakannya direman selama enam hari bermula Jumaat, 5 Mac lalu sebelum disambung enam hari lagi sehingga esok (16 Mac).