#ShopeeHaul raih lebih 423,000 likes, ini petua mesra poket dikongsikan 4 selebriti dengan gaya mampu milik

Iklan

MERIAH dan havoc! Siri strim langsung fesyen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul memang happening apabila dapat menjana lebih 423,000 likes.

Lagi menarik, empat selebriti dan influencer popular seperti Sherry Alhadad, Afifah Nasir, Bella Astillah dan Shasha Abdul Aziz tampil berkongsi petua untuk gaya lebih meletup pada harga mampu milik.

Iklan
Iklan

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, matlamat 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul adalah untuk memperkasakan wanita Malaysia dengan pilihan fesyen mampu milik dan versatil.

"Hasil kerjasama dengan usahawan tempatan, kita bukan sahaja menyokong perniagaan lokal, tetapi juga menyediakan pelanggan kami dengan pilihan bergaya berkualiti tinggi.

Iklan

"Ia sesuai untuk semua saiz dan tona kulit. Nantikan lebih banyak lagi tentang fesyen terkini dan tips gaya inovatif dari Shopee,” katanya.

Iklan

Pada masa sama, Shopee bekerjasama dengan jenama fesyen Muslim tempatan seperti M2 Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store bagi menjayakan promosi tersebut.

Koleksi tersebut menampilkan pakaian Muslimah versatil, sesuai untuk pelbagai gaya dan majlis.

Percaya atau tidak, semua item dalam koleksi ini berharga antara RM1 hingga RM40 jer sekali gus mampu milik untuk semua.

Berikut antara petua menarik yang dikongsikan sepanjang strim berlangsung:

Sasha Abdul Aziz

- Gabungan T-shirt hitam oversized dengan skirt satin untuk penampilan yang selesa tetapi bergaya.

- Pemakaian tali pinggang atau memasukkan baju ke dalam skirt dapat menonjolkan pinggang yang langsing sambil digayakan dengan kasut but.

- Gayakan selendang untuk menutupi dada dan bandana dililitkan atas kepala.

- Cermin mata hitam berbentuk empat segi menyerlahkan gaya hijabi tradisional.

Sherry Alhadad

- Gaya tudung satin bunga dan berwarna-warni dijadikan selendang untuk dililit pada leher.

- Dress turtleneck panjang untuk gaya kasual bersama tali pinggang.

- Satu lagi tip, pengayaan t-shirt oversized yang ringkas dengan aksesori seperti rantai leher dan stokin bercorak kotak.

Afifah Nasir

- Lengan baju oversized digulung dan dipadankan dengan skirt panjang elastik bersama kardigan dengan tona yang sama atau lebih cerah.

- Fungsi rantai leher yang boleh dijadikan sebagai gelang atau tali pinggang untuk menambah kilauan pada pakaian.

- Saranan baju oversized sebagai gaun untuk wanita petite.

Bella Astillah

- Kongsikan gaya retro dengan tudung satin bunga yang dipakai pada bahu dan dipadankan dress hitam.

- Skirt kargo elastik bersama t-shirt oversized dipadankan dengan beg korduroi untuk konsep santai.

- Penggunaan bandana secara kreatif seperti melilitnya pada seluar untuk twist pakaian.

- Teknik lapis pakaian dengan skirt berlipat bersama blazer oversized dan baju turtleneck untuk penampilan bergaya ke pejabat.

Jualan lebih telus

Selain itu, Shopee Live juga menjadi agen promosi penting untuk LiyanaCollection yang menawarkan rekaan sedia dipakai dengan sentuhan buatan tangan khas.

Diasaskan oleh Norliyana Abdul Ghani, seorang pereka fesyen yang belajar sendiri tentang rekaan fesyen dan mempunyai minat mendalam tentang fungsi pakaian.

Beliau mengutamakan keselesaan dan ciri praktikal untuk wanita Muslimah moden seperti rekaan mesra wuduk, zip tersorok, fabrik berkualiti tinggi dan elegan.

Akui Norliyana, kuasa ketelusan boleh dicapai melalui Shopee Live dalam membina kepercayaan dan memupuk pelanggan setia.

"Shopee Live membolehkan kami berhubung dengan pelanggan secara langsung, menunjukkan kualiti terperinci rekaan dan menjawab soalan secara terus.

"Kepercayaan itu memacu kejayaan kami. Pada masa sama, kami sangat mementingkan perkhidmatan pelanggan dan penilaian kedai yang positif adalah penting bagi LiyanaCollection,” katanya.

Untuk kekal berdaya saing dalam dunia e-dagang yang sentiasa berkembang, Shopee memperkasa LiyanaCollection melalui peluang pembelajaran yang berterusan.

Ciri platform tersebut memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan ketelusan analitik data pengunjung membolehkan mereka mengetahui tentang trend semasa dan perkembangan terkini platform.