Run Star Trainer bangkit semangat evergreen, rekaan terbaharu gabungan ciri sukan terbaik masa lampau & moden

Iklan

CONVERSE memperkenalkan rekaan kasut terkini, Run Star Trainer dengan gabungan ciri sukan terbaik masa lampau dan gaya hidup moden versatil.

Jenama popular itu berkata, satu kelainan dibawakan untuk fitur baharu tersebut yang mensintesiskan DNA Converse dengan cetusan ilham daripada seni tembikar.

Iklan
Iklan

"Run Star Trainer menterjemahkan hampir 20 siluet warisan Converse, yang mana ia direka khusus untuk sukan karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang dan lari berhalangan.

Iklan

"Corak luar tapak kasut ini turut mengambil ilham daripada rekaan Chuck Taylor All Star, namun dipanjangkan secara unik sepanjang tumit, selain menerapkan logo bintang kasut Run Star Hike yang terkenal pada 2019,” katanya.

Iklan

Berikut antara lain keunikan Run Star Trainer:

i) Gabungan bahan seperti nilon, suede dan kulit premium.

ii) Seleksi warna berani seperti wren emas, biru, merah, egret dan Hitam.

iii) Harga jualan bermula RM399.

Run Star Trainer Converse boleh dibeli di seluruh dunia bermula 18 Jun lalu di Converse.my dan Converse The Exchange TRX.