Puteri Sarah nyaris kena scam, individu mengaku Nadia Brian tawar wang RM15,000 teman 'minum coffee' dengan datuk

Iklan

Puteri Sarah berkongsi dirinya hampir jadi mangsa scam apabila ada seorang individu menghubunginya dan mengaku sebagai selebriti, Nadia Brian.

Pelakon jelita Puteri Sarah berkongsi dirinya hampir jadi mangsa scam apabila ada seorang individu menghubunginya dan mengaku sebagai selebriti, Nadia Brian.

"Sarah dapat WhatsApp tak tahulah dari siapa, scammer dia guna nama Nadia Brian untuk jadi escort.

Iklan
Iklan

"Sarah baru je jumpa Nadia masa majlis Janna Nick. Malam tu jumpa, esoknya dapat WhatsApp daripada nombor tu dia cakap 'hai babe tengah buat apa?'

"Sarah cakap tengah bersiap nak pergi shooting sekitar jam 9 pagi. Dia call Sarah tak angkat sebab tengah memandu.

Iklan

"Bila sampai di tempat pengambaran dia WhatsApp, dia kata malam ni habis pukul berapa. Sarah kata tak tahu lagi mungkin habis lambat," katanya pada Sinarplus ketika ditemui pada Khamis.

Iklan

Dakwa Sarah lagi, individu tersebut menawarkan sejumlah wang sekiranya dia bersetuju untuk berjumpa dengan seorang Datuk.

"Selepas itu dia cakap boleh tak kalau nak jumpa dengan nama Datuk Shahrul. Jam 10 malam datuk tu datang dari Johor Bahru.

"Sarah tanya nak buat apa, dia kata kita teman-teman je minum coffee bayaran RM15000 dia cakap.

"Sarah dah 50-50, kata eh Nadia, aku tak buat kerja macam ni. Habis shooting, aku baliklah kat anak anak aku, kan. Aku tak pernah nak teman-teman nak keluar minum ke apa," ujar Sarah.

Setelah tidak berjaya memperdaya Sarah, individu tersebut sekali lagi cuba menipu pelakon berkenaan dengan memintanya berkongsi nombor selebriti lain.

"Dia kata, eh sorry phone i hilang, you ada tak nombor Emma? Kalau sarah ni lurus, bagi nombor Emma mungkin dia akan guna nama Sarah pula," tambahnya.

Sarah yang sudah was-was ketika itu terus menghubungi Nadia yang sebenar dan bercerita semuanya dari awal.

Dalam pada itu, Sarah yang ketika itu sedang berada di lokasi pengambaran drama Polis Peronda iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak terus meminta pegawai polis untuk menyiasat individu tersebut dan mendapati individu tersebut sememangnya scammer.

Menurut pihak polis, kemungkinan dia menggodam telefon bimbit milik Nadia dan mengambil nombor telefon kawan-kawannya untuk menghubungi mereka. Rentetan daripada itu, Sarah terus membuat laporan polis.

Terdahulu, kecoh di media sosial Nadia Brian memuat naik tangkap layar yang diberikan oleh Puteri Sarah tentang individu yang menyamar sebagainya di media sosial.