BARU-baru ini satu video seorang pempengaruh wanita yang mengajak dekatkan wajah di skrin menjadi bualan ramai sekali gus mengundang kontroversi.
Situasi tersebut meraih perhatian Penceramah selebriti terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi hantaran beliau di Facebook rasminya, Ustazah Asma berkata, video berkenaan boleh menjadi bahan kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.
"Astaghfirullah.. memang dah baca sana sini komentar berkaitan ada ‘influencer’ WANITA MUSLIMAH yang menyampaikan dengan cara NON MUSLIMAH, wanita non muslim pun lebih sopan dan beretika," dedah Ustazah Asma.
Menurut beliau, video yang dikongsikan secara umum itu boleh mengundang ‘soft porn’, sekali gus mendatangkan dosa dan hukumnya adalah haram.
"Ada yang share secara publik bagaimana ia telah menjadi bahan untuk perbuatan yang jijik. Jelas ia termasuk ‘SOFT PORN’.
Suara yang lembut manja pun dilarang, ini pula dengan gaya menggoda dan wajah didekatkan dengan skrin. Cara begini sudah termasuk dalam larangan jelas yang mendatangkan dosa dan hukumnya haram.
Bertakwalah dengan Firman Allah SWT:
فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا
Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)," ujarnya
(Surah al-Ahzab: 32)
Untuk rekod, tular satu video di laman TikTok apabila seorang pempengaruh terkenal dalam usaha berdakwah memuat naik video seolah-olah mengajak penonton mendekatinya bagi mendengar nasihat yang ingin disampaikan.
Hantaran tersebut kemudiannya menjadi bahan jenaka segelintir pihak ramai apabila ada yang membuat parodi daripada perkongsian itu termasuklah pempengaruh terkenal lain.
Sumber: Facebook Ustazah Asma