KONTROVERSI tindakan seorang influencer muslimah yang mengajak penonton untuk rapat ke skrin telefon untuk memberikan nasihat sehingga mengundang teguran Pendakwah Selebriti, Ustazah Asma’ Harun akhirnya dijawab oleh tuan punya badan, Fatin Nabila.
Dalam perkongsian menerusi media sosial miliknya, fatin memohon kemaafan atas apa yang berlaku.
Pada masa sama, belia menjelaskan tujuannya hanya ingin memberikan nasihat kepada orang ramai. Bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Fatin Nabila Ahmad Zainuddin sedar, cara yang digunakannya tidak sesuai dan boleh menimbulkan fitnah.
"Saya sedar pendekatan dalam menyampaikan mesej agak salah, tidak sesuai dari segi suara, muka yang betul-betul dekat dengan skrin.
"Jadi, dengan rendah diri, saya memohon maaf kesilapan yang dibuat. Banyak sangat benda yang saya belajar daripada apa yang berlaku terutamanya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka," ujarnya.
Malah, beliau juga akan meneliti kandungan konten yang dibuat sebelum dikongsikan di media sosial kelak.
"Saya sebagai seorang muslim saya akan jaga lebih baik dan teliti proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah.
"Terima kasih untuk komen yang positif dan negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara. Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan satizah dan korang semua," ungkap Fatin lagi.
Sumber: Instagram Fatin