Gelaran haji dipertikaikan, Atta Halilintar pernah tunaikan haji seawal usia dua bulan

Iklan

Iklan
Iklan

TULAR keluarga selebriti Indonesia, Gen Halilintar menjadi perhatian warganet apabila gelaran Haji keluarga itu iaitu Atta Halilintar tidak disebut-sebut oleh pengacara majlis.

Pertikaian itu timbul bilamana ibu bapa kepada Atta iaitu Anofial Asmid dan Geni Faruk memperbetulkan gelaran haji yang sepatutnya disebut semasa memanggil anaknya untuk memberi ucapan.

Iklan

Kejadian itu berlaku ketika majlis pertunangan Thariq dan pasangan, Aaliyah Massaid pada Ahad lalu.

Menerusi video yang mendapat tontonan dua juta itu juga, ibu Atta sekali lagi sempat menegur pengacara majlis pertunangan anak lelakinya.

Iklan

Kata beliau, selain Atta, anak yang bertunang itu juga, Thoriq patut digelar haji kerana pernah mengikut mereka tunaikan haji seawal usia dua bulan.

Dalam satu video yang lain pula, keluarga itu dengan nada bergurau memperolok gelaran itu sesama mereka dengan gelaran pak haji, pak umrah, pak solat dan pak puasa.

Bagaimanapun, Atta dilaporkan berkata, keterujaan ibunya untuk memanggil thoriq dan dirinya dengan gelaran haji adalah demi menghargai kepayahan yang orang tuanya sewaktu berangkat ke tanah suci ketika itu.

Baca juga: Sebak umum undur diri, Randy Pangalila kotakan janji dengan keluarga untuk bersara daripada dunia tinju