Sebak umum undur diri, Randy Pangalila kotakan janji dengan keluarga untuk bersara daripada dunia tinju

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Indonesia, Randy Pangalila sebak apabila terpaksa mengumumkan persaraannya daripada dunia sukan tinju pada Ahad lalu.

Randy atau nama sebenarnya Randy Dionisius Pangalila mengumumkan persaraanya itu sejurus selepas memenangi perlawanan satu lawan satu menentang Jekson Karmela.

Ujarnya, keputusan untuk dirinya bersara adalah kerana sudah berjanji dengan keluarga untuk tidak terlibat dalam sukan berkenaan lagi.

"Saya tak suka nak bagitahu, tetapi saya sudah berjanji dengan keluarga bahawa perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang terakhir buat saya.

"Sekarang kalian tahu kenapa saya katakan perlawanan ini adalah satu perlawanan impian buat saya.

"Sebab saya nak akhirinya dengan kemenangan,"katanya

Pelakon drama 'Dalam Hati Ada Taman' itu turut berharap pengunduran dirinya dalam sukan tersebut tidak melenyapkan namanya sebagai seorang ahli tinju yang bagus.

"Saya berharap anda semua tidak akan melupakan saya. Bukan saja Randy Pangalilal sebagai seorang selebriti tetapi sebagai seorang juara tinju.

"Terima kasih buat semua peminat sukan tinju di Indonesia. Saya benci nak umumkan ini tetapi Randpunk sign out!,'katanya.

Bapa kepada dua anak itu juga mengakui dirinya sudah semakin tua untuk meneruskan perlawanan dalam sukan tinju dan berjaya tamatkannya dengan kemenangan.

Randy dan isterinya, Chelsey Frank mendirikan rumah tangga mereka pada 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baca juga: Dibaham jerung ketika meluncur, Tamayo Perry meninggal dunia pada usia 49 tahun

Baca juga: Dulu bintang bola sepak dunia, kini David Beckham sibuk berkebun, tanam bawang dan ternak ayamSumber : Tiktok Vidio Sports

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang