PELAKON veteran, Wan Maimunah yang menunaikan ibadah haji selamat tiba dari Tanah Suci semalam.
Menerusi sebuah video tular, dramatis berusia 70 tahun itu
dilihat sedang berada di perkarangan lapangan terbang dan dengan penuh rasa syukur memaklumkan bahawa beliau telah tiba di tanah air
Wan Maimunah atau nama penuhnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz sebak memanjatkan doa buat semua yang menonton video tersebut agar turut diberikan kesempatan untuk ke Makkah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur melihat keadaan Wan Maimunah yang pulang dalam keadaan sihat selain turut mendoakan kesejahteraannya.
"Alhamdulillah, moga kami pula menyusul dan menerima jemputan ALLAH ke rumah-NYA."
"Alhamdulillah mak hajah."
"Haji mabrur untuk Wan Maimunah."
"Suka tengok lakonannya. Cakapnya lembut. Terima kasih atas doa."
"Alhamdulillah, selamat sampai. Semoga sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki."
Pemenang trofi Artis Komedi Wanita Popular sebanyak lima kali itu berangkat ke Makkah pada 10 Mei lalu selepas mendapat berita gembira tersebut daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum bulan Ramadan.