'Temukan orang terbaik menjadi imamnya.' Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

A
A
A

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya, menzahirkan ucapan manis buat ibu saudara, Wan Maimunah yang bakal menunaikan haji ke Tanah Suci.

Berkongsi momen istimewa sebelum wanita berusia 67 tahun itu berangkat ke tanah suci 10 Mei ini, kedua-duanya berpelukan dan meluangkan masa bersama.

Lebih melucukan, pelakon 7 Hari Mencintaiku itu juga sempat berseloroh agar Wan Maimunah segera bernikah.

Baca juga: Dia pelakon hebat, kami tak sama level – Wan Sharmila

"Masya-ALLAH, rezeki ALLAH. Kepada Wan Maimunah, selamat menunaikan ibadah haji.

"Semoga mendapat haji mabrur dan dan cepat kahwin," titipnya buat wanita yang dipanggil Mak Anjang.

Manakala menerusi video dikongsikan di IG Story, Wan Maimunah pula menitiskan air mata menitipkan doa agar Wan Sharmila dikurniakan jodoh.

"Anak saudara yang kuat. Insya-ALLAH, ibu akan pohon kepada ALLAH siapakah (lelaki) yang terbaik untuknya.

"Temukanlah orang yang terbaik untuk jaga dia dan jadi imam. Hanya ALLAH sahaja yang tahu, kalian doakan sama ya," tutur pelakon yang dinobat Artis Komedi Wanita Popular dari tahun 1992 hingga 1996/1997 itu.

Untuk rekod, Wan Sharmila terdahulu pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama televisyen, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.

Baca juga: 'Kita kawan tau, bukan kahwin..' - Wan Sharmila

Baca juga: Masing-masing bertanggungjawab jaga diri sendiri – Wan Sharmila

MERAUNG TAHU TERPILIH MENGERJAKAN HAJI

Bakal bergelar dhuyufurrahman tidak lama lagi, beliau meluahkan rasa syukur dijemput ke Tanah Suci dan tidak menyangka doa yang dipohon ketika mengerjakan ibadah umrah dua tahun lalu termakbul.

“Bila diberitahu saya terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini, saya meraung. ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas.

“Saya tak puas untuk duduk hadapan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.

“Di depan Baitullah, saya mengadu pada ALLAH yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja," katanya dalam satu portal berita.

Malah, pelakon legenda air mata itu juga mengakui, tidak menyangka terpilih mengerjakan haji dalam tempoh singkat.

“Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-NYA sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rakan artis dan warga maya menzahirkan agar pelakon veteran itu mendapat haji yang mabrur. Ujar mereka;

"Masya-ALLAH Tabarakallah. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah haji dan mendapat haji yabg mabrur, aamiin," titip Shaharuddin Tamby.

'Pada tahun 2022 sama-sama satu penerbangan dengan ibu Wan Maimunah. Alhamdulilah rezeki ibu Wan dapat giliran haji pula," komen Azimah Hairi.

"Suka tengok mereka berdua, sangat real seperti mak anak. Semoga dipermudahkan segala urusan," kata Kak Ya91.

"Selamat menunaikan ibadah haji Mak Anjang," kongsi Siti Muliati.

"Both of you my favorite actor. Semoga dapat haji mabrur Wan Maimunah, insya-ALLAH," tutur Razzi Smile.

Lembaga Tabung Haji baru-baru ini mengumumkan penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijadualkan pada 9 Mei manakala penerbangan terakhir jemaah haji ke Arab Saudi pula dijadualkan pada 9 Jun.

Sumber: Instagram lala.wansharmila, Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca