PELAKON Hairul Azreen menunaikan impian anak perempuannya, Alisa Aisyah, 5, dengan menjemput jaguh badminton negara, Lee Zii Jia ke rumah.
Bertuah betul si cilik ini. Bukan setakat berpeluang bertemu mata, malah sempat bergambar bersama.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pada awalnya Hairul memberitahu puterinya itu bahawa Lee Zii Jia telah pun pulang dari rumah mereka.
Mengetahui idola badmintonnya telah pulang, Alisa kecewa dan menangis.
Pun begitu, pemain perseorangan Malaysia itu membuat kejutan dengan mengunjungi kembali kediaman Hairul.
"Semalam daddy kata Lee Zii Jia nak datang, tapi Alisa dekat sekolah.
"Terima kasih uncle Lee Zii Jia sebab datang balik," katanya.
Anak kedua daripada dua beradik itu mengakui teruja kerana dapat bertemu dan meluangkan masa bermain badminton bersama Lee Zi Jia.
Gelagat Alisa bertemu pemain badminton idolanya itu menarik perhatian warga maya. Ujar mereka:
"Welcome to the fangirl life, Alisa."
"Aunty kalau nangis 20 abad pun belum tentu Lee Zii Jia kisah."
"Bukan biasa- biasa ya Alisa Aisyah ni."
"Pergh, untuknya Alisa. Ambil berkat banyak-banyak. Bakal pemain badminton negara ni."
Terbaik inisiatif suami kesayangan Hanis Zalikha dalam memberikan inspirasi kepada anaknya, kan? Semangat terus Alisa!