AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi parlimen pembangkang.
Figura berusia 32 tahun itu akan berlari sejauh 200 kilometer (km) iaitu dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmat raya di kawasan tersebut.
"Bermula di Jambatan Muar, kini di Merlimau Melaka.
"Melaka, oh Melaka....kepanasanmu tidak mengecewakan," kongsinya di Instagram.
"Terharu ramai yang datang berhenti berikan sokongan.
"Ramai yang call dan text bertanya bagaimana untuk menyumbang," katanya. Pada ruangan komen, warga maya menyatakan sokongan kepada pengasas dan presiden Ikatan Demokratik Malaysia itu atas ketulusan beliau berjuang untuk kawasannya.
Tidak kurang juga yang memuji tahap kecergasan Syed Saddiq dan penampilannya.
"Terbaik, semangat YB!"
"Chaiyok YB finish strong.
" Bro looking lean and muscular."
"Mantap YB."
"Nanti jangan lupa review kasut ya."
Terdahulu, Syed Saddiq melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes berikutan tindakan pihak kerajaan menafikan peruntukan bagi parlimen pembangkang.
Katanya, parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan sebagaimana kawasan parlimen kerajaan yang memperolehi RM20 juta sepenggal.
Pemilik nama Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff itu sememangnya aktif menyertai marathon dan sukan lasak seperti triathlon.
Baca juga:
Baca juga: Baru 16 tahun, Johan Ghazali petinju Muay Thai negara cipta rekod 36 saat tewaskan jaguh dunia, 10 info mengenainya