Isu pelajar straight A, PAJSK kosong, sekolah patuhi garis panduan. 10 info PASJK yang ibu bapa perlu tahu

Iklan

LUAHAN seorang ibu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menjadi perhatian ramai. Masakan tidak, remaja yang meraih A bagi semua mata pelajaran dengan merit 98.5 gagal mendapat jurusan pilihan pertama gara-gara markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) kosong.

Dalam perkembangan terbaru, sekolah berkenaan, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) tampik memberikan penjelasan dalam kenyataannya berkaitan hantaran bertajuk Rezeki Tertangguh Berjemaah itu.

Iklan
Iklan

"MTNP ingin merujuk kepada hantaran tular bertajuk yang dipaparkan melalui akaun FB di laman Facebook salah seorang penjaga pelajar yang telah tular berkaitan PAJSK.

"Adalah dimaklumkan bahawa MTNP telah mematuhi semua garis panduan pelaksanaan dan pengumpulan markah PAJSK yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Iklan

"Ini termasuk menghantar markah kepada pihak KPM mengikut ketetapan masa dan kaedah sebagaimana orphan didalam surat-surat KPM yang dikeluarkan kepada MTNP," kata Ketua Pegawai Eksekutif MNTP dalam kenyataan.

Baca juga: 'Sekadar luahan ibu yang kecewa...' Wanita persoal anak tidak dapat pilihan pertama UPU kerana PAJSK kosong, SPM straight A

Difahamkan, pihaknya juga menjelaskan telah segera berhubung dengan pihak KPM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), asasi universiti-universiti dan badan penaja. Ia juga dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Iklan

Sekadar info, PAJSK, pelajar lepasan SPM yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU, selain keputusan peperiksaan, pengiraan markah merit akan merangkumi markah (10 peratus) kokurikulum.

Berikut adalah panduan yang anda perlu tahu berkaitan PAJSK bagi pelajar sekolah menengah:

1-PAJSK berfungsi merekod kemajuan murid dalam aktiviti luar bilik darjah dan memberikan penilaian atau markah yang merangkumi tiga komponen kegiatan kokurikulum sekolah iaitu Ujian Standard Kecergasan Fizikal SEGAK, Kokurikulum iaitu aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan serta Ekstra Kurikulum.

2-Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen18 dan 30).

3-SEGAK ialah Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos.

4-Bedasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform; dan Sukan/Permainan /1 Murid 1 Sukan. Mesyuarat juga menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagikemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Universiti Awam. Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira

daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam elemen.

5-Bagi komponen Ekstra Kurikulum pula satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di

luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji sama ada dari segi perkhidmatan, anugerah khas, khidmat masyarakat, Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dan tugas-tugas Khas.

Gambar hiasan (Bernama)

6-Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh persekolahan (Cumulative Grade Point Average).

7-Berikut adalah gred PAJSK yang ibu bapa perlu tahu:

a)Markah 80-100 (Cemerlang) pelajar akan memperolehi gred A.

b)Markah 60-79.9 (Kepujian) pelajar akan memperolehi gred B.

b)Markah 40-59.9 (Baik) pelajar akan memperolehi gred C.

b)Markah 20-39.9 (Kurang memuaskan) pelajar akan memperolehi gred D.

b)Markah 0-19.9 (Tidak memuaskan) pelajar akan memperolehi gred E.

c) Markah 0 diberikan kepada pelajar yang tidak melaksanakan sebarang aktiviti.

Gambar hiasan (Bernama)

8-PAJSK penting kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

9-Ia membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.

Gambar hiasan (Bernama)

10-PAJSK juga membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Universiti Awam.

Sumber: KPM, MNTP