Selepas 5 tahun menunggu, Kieda Crepe umum hamil anak ketiga. 'ALLAH hadirkan semangat baharu...'

Iklan

BARU-baru ini, pempengaruh dan usahawan manisan, Kieda Crepe dilanda ujian hebat bilamana rumahnya dimasuki perompak.

Reda dengan ujian menimpa, Kieda optimis setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Iklan
Iklan

Terbaharu, beliau berkongsi khabar gembira apabila penantian untuk menambah cahaya mata kini dimakbulkan.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Kieda bakal bergelar ibu selepas melakukan ujian kehamilan dan hasilnya ternyata positif.

Iklan

Untuk rekod, pasangan tersebut sudah pun memiliki dua cahaya mata. Dan kini hasrat untuk memiliki anak ketiga ini selepas lima tahun menunggu, bakal tercapai.

"Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan. Lima tahun tunggu," ujarnya menerusi video tersebut.

Iklan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersbeut sambil mendoakan yang buat baik-baik sahaja buat Kieda dan kandungannya.