'Tidurlah dan tenanglah mak di sana ya...' Ibu Normala Samsudin meninggal dunia

Iklan

BEKAS personaliti televeisyen (TV), Puan Sri Normala Samsudin berkongsi berita duka tentang pulangnya kerahmatullah ibu tercinta, Rajiah Buyong.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Buloh Kasap, Segamat.

Iklan
Iklan

Puan Sri Normala yang juga anak jati Segamat berkongsi berita itu menerusi hantaran di laman sosial Instagram miliknya.

"Dukacita dimaklumkan bonda tercinta kami, Puan Hajah Rajiah Binti Haji Buyong telah kembali ke rahmatullah.

Iklan

"Bahawasanya kepunyaan Allah lah semua yang DIA ambil dan apa yang DIA beri, dan segala sesuatu di sisiNya telah ditentukan tempoh waktunya.

"Damailah emak di alam yang kekal, tidurlah mak dan tenanglah mak di sana ya, Insya-ALLAH kami juga akan menyusul menemui Pencipta Yang Maha Agung,” kongsinya.

Iklan

Pengacara popular pada era lewat 90-an itu begitu rapat dengan arwah ibunya. Walaupun tinggal berjauhan, beliau sering meluangkan masa pulang ke kampung untuk mengunjungi insan kesayangannya itu.

Meninjau ruangan komen, artis serta orang ramai turut menitipkan ucapan takziah atas permergian ibundanya.

Baca juga: Tragedi keropok beracun: Selepas abang, adik 2 tahun pula meninggal dunia