KALAU bercakap mengenai Datuk Ramli Mohd Salleh, seorang pemuzik terkenal Malaysia yang mempunyai perwatakan serius dan tegas dalam pekerjaannya.
Mesra dengan panggilan Tok Ram, sememangnya beliau seorang yang jarang tersenyum dan banyak cakap, namun siapa sangka disebalik ketegasan itu tersimpan jiwa seorang ayah yang penyayang.
Menerusi satu video dimuat naik isterinya, Datin Alyah, Tok Ram dilihat begitu asyik melayan anak angkatnya Nur Izzara berbual.
"Nak susu? Nak makan apa besok ?
"Burger, mana boleh makan burger," tambah Tok Ram.
Pelantun lagu Kisah hati juga sempat mengusik mengatakan suaminya itu jarang berbual dengannya di rumah, tetapi lain pula dengan puteri kesayangan mereka.
"Peramah dua beranak ni, daddy dengan mummy tiga patah je sehari borak,’ ujarnya dengan nada bergurau.
Gelagat Tok Ram melayan bayi comel itu telah mendapat perhatian peminat, rata-rata memuji sikap bekas pengetua Akademi Fantasia itu pandai melayan anak kecil.