Bercuti dengan si bulus, ini antara pilihan destinasi penginapan high class petcation buat pencinta kucing

Iklan

BUAT pertama kalinya, pengalaman bercuti bersama si bulus ditawarkan hotel empat bintang, Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil untuk pencinta kucing.

Menariknya, konsep petcation tersebut merupakan polisi mesra haiwan peliharaan baharu, sekali gus mengalu-alukan pengunjung untuk menikmati pengalaman penginapan selesa dan menyeronokkan.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil, Bennett Peter yang juga pencinta haiwan itu berkata, pihaknya cukup memahami betapa pentingnya mencari penginapan yang mesra haiwan kesayangan.

Iklan

"Selain kemudahan bilik yang luas dan serba lengkap, kami juga akan pastikan persekitaran mesra serta inklusif untuk para pengunjung bersama si bulus.

"Kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan baharu ini dan berharap para tetamu serta haiwan peliharaan mereka dapat menikmati penginapan yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Iklan

Bagi kalian yang merancang nak bercuti bersama anak bulus, jangan risau kerana Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil terletak di lokasi ideal dan berhampiran dengan perkhidmatan mesra haiwan.

Selain memiliki akses mudah ke klinik veterinar berhampiran, hanya 5 minit perjalanan jer. Kedai aksesori haiwan kesayangan juga terletak berhadapan hotel.

Jika si bulus bosan dan mahu mengambil angin luar, Taman Rekreasi Bukit Jalil berdekatan boleh menjadi pilihan rekreasi riadah kerana mempunyai ruang hijau yang luas, denai penjalan kaki dan kawasan bebas haiwan peliharaan.

Kalau tak mahu berjalan jauh, kawasan hotel juga mempunyai kawasan akses mudah dan selamat untuk anda beriadah.

PATUHI ARAHAN

Bagi mengekalkan win win situation buat pengunjung lain, pemilik haiwan juga dinasihatkan untuk mematuhi polisi seperti berikut:

i) Si bulus tak dibenarkan berada di restoran, bar, kolam renang dan kawasan umum yang lain.

ii) Haiwan peliharaan mesti berada di dalam carier ketika berada di luar lobi semasa check in atau check out, koridor tingkat bilik tetamu dan di dalam lif.

iii) Bagi mengambil kira sensitiviti tempatan, anjing dikecualikan daripada polisi haiwan kesayangan dan tidak dibenarkan berada di premis hotel.

iv) Haiwan peliharaan mesti terlatih dan mempunyai berat bawah 9 kilogram dengan maksimum dua haiwan saja setiap bilik atau suite.

v) Pihak hotel berhak untuk menolak haiwan peliharaan yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Untuk memastikan kebersihan dan keselesaan penginapan untuk semua tetamu, bayaran pembersihan bilik (sekali caj) dikenakan berdasarkan tempoh penginapan seperti berikut:

1 hingga 7 Malam: RM400+

8 hingga 14 Malam: RM600+

15 hingga 21 Malam: RM800+

22 hingga 30 Malam: RM1,000+

Amacam kalian? Berminat dengan polisi baharu yang diperkenalkan Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil?

Rasanya sudah banyak hotel yang menawarkan pakej yang sama untuk pencinta haiwan, cuma apa yang menarik minat ialah kemudahan mesra bulus yang ditawarkan dan caj dikenakan.

Apapun, pilihan di tangan anda dan ikut bajet masing-masing. Okey, selamat berhujung minggu semua.