Meriahnya! Festival Gendang Sarawak 2026 kembali lagi. Himpunkan aksi mega dan persembahan artis tempatan

Iklan

PERNAHKAH anda membayangkan denyut nadi warisan Borneo bertukar menjadi irama yang memukau jiwa? Bagi yang dahagakan pengalaman seni budaya luar biasa, Kuching Waterfront destinasi wajib dikunjungi.

Bermula 29 Oktober hingga 1 November 2026, lokasi ikonik tersebut bakal bergetar hebat dengan penganjuran Festival Gendang Sarawak (FGS 2026). Diagendakan khas oleh MOTAC melalui JKKN Sarawak dengan kerjasama MTCP dan Pejabat Residen Bahagian Kuching, festival bertemakan “Nadi Warisan Irama Tradisi” itu sedia menyemarakkan lagi kehangatan Tahun Melawat Malaysia 2026/2027.

Iklan
Iklan

Festival edisi ke-12 itu menjanjikan kelainan luar biasa. Kemuncaknya, Pertandingan Mega Gendang Melayu Sarawak 2026 pada 30 Oktober bakal menyaksikan saingan sengit enam zon di Sarawak, bersama penyertaan antarabangsa dari Indonesia dan Brunei.

Iklan

Pentas malam tersebut turut diserikan persembahan artis tempatan, Hazmil Hazan dan Ellliza Suziena.

Bukan itu sahaja, slot ilmiah Seminar Kearifan Tempatan bertemakan “Dari Alam ke Irama, Dari Warisan ke Generasi” mengupas topik “Echoes of Sarawak: Sound of the Forest”.

Iklan

Perbincangan berkenaan menampilkan empat panel tersohor iaitu Arthur Borman, Elizabeth Bungan, Fabian Juna dan Shamsul Zin, dikendalikan oleh pensyarah UNIMAS, Dia Fadila.

Seterusnya, majlis perasmian dan malam gala pada 31 Oktober bakal disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Persembahan khas Nadi Borneo: “Dari Sungai Menyapa Dunia” memukau penonton menerusi gabungan 78 penggiat seni termasuk Orkestra Tradisional Malaysia, Andrewson Ngalai, Haziq Rosebi dan Syura. Turut disampaikan, Anugerah Tokoh Seni dan Primadona Seni Gendang Melayu Sarawak.

Festival ditutup meriah menerusi Pertandingan Bakat Kenyalang FGS 2026 menghimpunkan 30 peserta tempatan berentap mempamerkan kreativiti.

Layari www.jkkn.gov.my atau ikuti media sosial JKKN.