Rentetan kes orang hilang, ini nasihat Aishah buat kaum wanita elak perkara buruk berlaku

Iklan

Datuk Aishah beri nasihat untuk kaum wanita elak dari perkara buruk berlaku.

KEBELAKANGAN ini, banyak kejadian yang tidak diingini berlaku. Salah satunya, kes orang hilang. Ada sesetengah kes berjaya pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga, namun ada pula sebaliknya.

Iklan
Iklan

Oleh itu, penting tidak kira gender untuk menitik beratkan keselamatan diri memandangkan kes yang berlaku tidak mengira jantina dan umur.

Mengambil pendapat penyanyi otai Malaysia, Datuk Aishah mengatakan, penting untuk seseorang itu terutamanya wanita perlu ada peralatan kecemasan ketika dalam bahaya seperti lampu suluh atau wisel untuk keselamatan diri.

Iklan

Tambah Aishah, meskipun mudah untuk disediakan tetapi kebanyakan dari kita tidak mengambil berat kerana belum terjadi pada diri sendiri.

"Ramai yang beri nasihat tentang jenayah di TikTok seperti apa yang seseorang wanita itu perlu lakukan terutamanya bagi mereka yang memandu bersendirian.

Iklan

"Kalau pergi ke bawah tempat letak kereta seorang diri, pastikan awak ada kunci siap-siap. Tengok dulu kat belakang kerusi ada ke orang tengah menunggu awak sebelum masuk ke kereta," katanya ketika ditemui oleh Sinarplus.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan seseorang itu perlu ada individu yang dipercayai atau orang dekat dengan mereka untuk tahu semua kegiatan harian dan sentiasa ada ketika kecemasan. Jadi bila sesuatu terjadi, mudah untuk mereka menjejaki di mana anda berada.

Seperti pelantun lagu 'Janji Manismu' ini, Aishah akan maklumkan pada anak lelakinya setiap butiran dirinya ketika berada di luar, pergi ke mana beserta masa. Jadi, jika dirinya tidak menghubungi anak, atau tiada di tempat sepatutnya berada, mungkin anaknya perlu buat sesuatu.

Aishah ditemui pada sidang media pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini berjudul Di Pinggir Kayangan yang diberi nafas baharu di Restoran Rebung, pada Khamis.