Sisley Choi tidak kekok datang ke Malaysia, puji rakyat sangat peramah

Iklan

PELAKON jelita Hong Kong, Sisley Choi mengembangkan sayap dalam industri hiburan dengan pendekatan berani membintangi pelbagai watak sehingga memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik 2020.

Setelah beberapa kali membuat lawatan di Malaysia bagi mempromosikan drama dibintanginya, juara Miss Hong Kong itu mengagumi sifat rakyat negara ini yang peramah dan mesra.

Iklan
Iklan

"Saya gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan orang Malaysia dan perkara itu membuatkan saya sangat selesa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan ulangtahun BMF yang ke-42 bersama Sisley Choi pada Khamis.

Iklan

Sebagai pelakon tersohor dari Hong Kong, aktres berkenaan sering dipuji kerana memiliki kecantikan dan keanggunan semula jadinya.

Rahsianya kini terbongkar apabila beliau mendedahkan gemar melakukan rawatan wajah di spa kecantikan bagi mengatasi masalah kulit kering akibat terdedah matahari.

Iklan

"Rawatan wajah adalah sangat baik kerana saya banyak terdedah kepada cuaca panas ketika pengambaran drama jadi kadang-kadang kulit menjadi kering,"ujarnya.

Sebagai duta jenama baharu BMF The Aesthetics People, beliau mengajak lebih ramai wanita untuk tampil cantik dan yakin dengan ciri keunikan tersendiri.

"Saya bersyukur dan teruja dengan lembaran baharu dalam hidup ini. Pada masa sama, saya komited untuk mendukung nilai dan visi jenama BMF dan membantu lebih ramai wanita untuk berasa cantik dan yakin dengan ciri keunikan mereka.

Dalam pada itu, syarikat kecantikan itu telah menjadi peneraju penjagaan kesihatan selama empat dekad di Malaysia dengan menawarkan pendekatan kesihatan bersepadu yang unik.