Rancang percutian singkat di Melaka, ini 4 pilihan destinasi liburan popular wajib singgah

Iklan

BOSAN tiada plan menarik hujung minggu? Apa kata kalian halakan stereng kereta menuju ke bandaraya bersejarah Melaka untuk percutian singkat.

Untuk memuaskan hati si kecil, bolehlah singgah ke Wonderpark Melaka yang kini sudah berwajah baharu selepas projek naik taraf selesai baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Apa yang menarik? Taman tema keluarga tertutup yang popular di Melaka itu menjanjikan pelbagai keunikan yang pasti membuatkan anak-anak tersenyum puas.

Kongsi Ketua Pemasaran Wonderpark Melaka, Roy Sharul, pihaknya berusaha untuk mewujudkan satu ruang yang bukan saja membolehkan seisi keluarga berseronok.

Iklan

"Bahkan dapat memperkayakan minda mereka dengan pengalaman pembelajaran kreatif menerusi aktiviti creative-fun dengan ruang interaktif yang praktikal, luas dan selesa.

Iklan

"Kami juga mahu mencetuskan rasa ingin tahu dan memupuk minat belajar bukan sahaja dalam kalangan pelanggan cilik, malah tetamu dewasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024, Wonderpark Melaka juga merancakkan kunjungan pelancong untuk terus datang ke tanah Hang Tuah tersebut untuk berlibur.

Setakat ini, lebih 30 permainan menarik direka khas untuk memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan seperti Giant Playground Section hinggalah STEM4D Max Classroom.

Projek naik taraf terbaru juga membawa pelbagai tarikan baharu termasuk Candyworld Selfie Zone baharu, kiosk foto kamera 360° dan Karaoke Zone yang dipertingkatkan.

Antara aktiviti lain yang dikongsikan seperti pakej hari jadi termasuk makanan, hiasan dan hiburan yang disediakan pihak pengurusan, selain pakej lawatan sambil belajar.

Wonderpark Melaka

Alamat: Lot 2F-2C, 2nd Floor, The Shore Shopping Gallery, Melaka

Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

Harga tiket: RM25 hingga RM30 termasuk diskaun baucar makanan dan minuman

Selain Wonderpark, terdapat tiga lagi destinasi riadah mesra kanak-kanak yang boleh dipertimbangkan seperti berikut:

Supreme Kingdom Fun Park

Alamat: Lot 19396, Level, 1, Jalan Ttc 26, Taman Teknologi Cheng, Melaka

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Harga tiket: RM29 hingga RM39 (kanak-kanak) dan RM10 (dewasa)

Taman Tema & Resort Melaka Wonderland

Alamat: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Harga tiket: Bermula RM10 hingga RM45.50

A'Famosa Water Theme Park

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka

Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

Harga tiket: Bermula RM69

Facebook: A'Famosa Resort