'Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

Iklan
Faisal Halim (2)

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang tidak dikenali, mengejutkan orang ramai.

Susulan tragedi yang berlaku Ahad, Faisal yang jugah dikenali sebagai Mickey disahkan mengalami kelecuran tahap keempat. Malah lebih menyedihkan, bapa kepada seorang cahaya mata itu kini mengalami kesukaran untuk bergerak dan bertutur.

Iklan
Iklan

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhta, tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.

Baca juga: Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

Iklan

"Selepas pembedahan pertama, doktor pakar mengesan is bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat. Berdasarkan penilaian, Faisal akan melalui sekurang-kurangnya lagi dua pembedahan yang akan ditentukan doktor. Sekarang beliau masih di ICU (Unit Rawatan Rapi), sedang dipantau rapi oleh pakar.

Iklan

"Apa yang saya boleh kata (keadaan Faisal), pergerakan dan percakapan beliau terbatas kerana kesannya ada di bahagian muka (iaitu) pipi, hidung dan mulut ada sikit.

"Pada bahagian badan dan tangan belah kiri agak teruk, itu yang jejaskan pergerakan beliau," ujarnya.

Baca juga: Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

Pada masa sama, Shahril berkata Faisal akan berada di bawah pemantauan rapi di hospital sekurang-kurangnya selama 10 hari. Malah katanya kepada portal The Star, Faisal mengalami kecederaan agak teruk dan hingga tidak dapat 'merasa' lengan kirinya.

"Kemudian mungkin menjalani rawatan susulan di hospital selama dua hingga tiga minggu. Untuk proses pemulihan itu bergantung tetapi saya rasa beliau tidak dapat beraksi minimum lima atau enam bulan," katanya.

Baca juga: Dengki, busuk hati, rupanya kedai pernah dibakar sebelum peniaga roti nan disimbah asid, berikut kronologi kejadian

Baca juga: 2 beradik melecur singki meletup dipercayai angkara asid diguna jiran, 8 info wajib tahu sebelum guna

DISIMBAH ASID SULFURIK PEKAT

Dalam perkembangan terkini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang melawat Faisal di hospital pada Selasa memaklumkan kecederaan dialami pemain itu agak kritikal.

Katanya, Faisal kini menggunakan sejenis ubat khas dari Australia untuk membantu memulihkan kecederaan melecurnya itu.

"Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.

"Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat," katanya kepada Sukan Sinar.

Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam akan menjalani beberapa pembedahan lagi.

KENAPA SAYA KENA MACAM NI?

Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang melawat Faisal di hospital selepas kejadian itu berkata, pemain kelahiran Pulau Pinang itu menangis dan tertanya-tanya kejadian buruk terjadi padanya.

"Beliau cakap ‘Apa salah saya Datuk. Kenapa saya kena macam ini?’

"Beliau menangis dalam kesakitan,” kata Hamidin kepada Sinar Harian.

DUA SUSPEK DITAHAN

Difahamkan, dua suspek telah ditahan berhubung serangan ke atas pemain berusia 26 tahun itu. Suspek pertama ditahan di Pandan Indah, Ampang pada Ahad manakala suspek kedua yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu direman dua hari sehingga siasatan lanjut selain bagi mengenal pasti motif kejadian.

Terdahulu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden menimpa Faisal yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan dilaporkan mengalami kelecuran tahap dua di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara pada petang Ahad.

Lebih menggerunkan, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal tersebut didakwa turut mengucapkan ‘good luck’ kepada Faisal sebelum menyimbah cecair kimia tersebut ke arah pemain tersebut

lnsiden buruk ini adalah yang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.

Sama-sama kita doakan agar Faisal dan Akhyar segera pulih!

Sumber: Bernama, Astro Awani, Sinar Harian, The Star, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!