PENGGUNAAN asid mencuci singki dapur oleh jiran membawa musibah kepada dua adik beradik heboh diperkatakan. Kemalangan yang berlaku di Seri Kembangan, Serdang, Selangor baru-baru ini heboh diperkatakan ramai hingga tular di laman sosial.

Siapa sangka bahan pencuci itu boleh mengakibatkan kesan sedemikian rupa kan? Iyalah, ramai yang menggunanya untuk menyelesaikan masalah singki tersumbat tetapi kejadian ini membuka mata ramai tentang bahaya jika  bahan itu tidak dikendalikan dengan betul.

Baca juga: Lelaki rebah keracunan gara-gara guna peluntur cuci bilik air, isteri cerita detik cemas

Malang tidak berbau, berikut kronologi kejadian menimpa dua adik beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu:

1-Kedua-dua kanak-kanak berkenaan melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip singki rumah di tingkat satu sebuah pangsapuri.

2-Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan, kemalangan itu disedari si ibu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.

3-Kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang.

3-Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga pada dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.

4-Adiknya pula melecur pada paha kanan.

5-Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur.

6-Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip singki rumahnya yang tersumbat.

7-Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

Baca juga: Lebih 17,000 bakteria di dalam sinki, itu sebab kita tak digalakkan basuh bahan mentah di situ

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Try guna dua trik ini dulu sebelum panggil tukang paip, jimat duit dan gerenti puas hati

Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran buat kita semua pentingnya menggunakan bahan pencuci dengan betul.

Sekiranya anda mahu gunakan bahan kimia ini untuk membaiki masalah singki tersumbat sila ambil perhatian.

Public Health Malaysia menyenaraikan beberapa info keselamatan yang perlu dititikberatkan:

Iklan

a)Bahan pencuci ini sebenarnya sangat toksik dan mempunyai sifat menghakis.

b)Selepas ia dituang ke lubang singki, tindak balas kimia akan berlaku membebaskan gas gas bertoksik.

c)Jangan sesekali menjengukkan atau menghalakan muka ke lubang singki.

d)Usah menjolok, mengepam atau cuba salirkan air sebaik sahaja bahan kimia itu digunakan.

e)Elakan menggunakan bahan ini semasa anda sedang mengantuk atau letih.

f)Jangan letakkan bahan ini berhampiran kanak-kanak.

g)Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kulit anda melecur teruk.

Iklan

h)Lebih membahayakan, jika terkena mata. Mangsa berisiko hilang penglihatan.

Justeru sama-samalah kita berhati hati sebelum terkena ya!

Baca juga: Cara berkesan cuci sinki tersumbat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.