Berkhemah dalam hotel, tarikan terbaharu di Royale Chulan The Curve. Sambil healing hujung minggu, ibu ayah boleh shopping sakan

Iklan

TREND percutian berkonsepkan perkhemahan nampaknya semakin digemari ramai.

Apatah lagi mereka yang mempunyai anak kecil, pasti teruja untuk bermalam di dalam ceteri comel dengan suasana santai dan selamat.

Iklan
Iklan

Lebih menyeronokkan, kemudahan permainan seperti dam haji, dam ular, susun bongkah kayu dan banyak lagi disediakan di atas meja lipat lengkap dua kerusi untuk mereka bermain sampai puas.

Itu antara keunikan yang pertama kali ditawarkan Royale Chulan The Curve kepada pengunjung khususnya mereka yang merancang untuk percutian singkat berkonsepkan perkhemahan selamat bersama anak-anak.

Iklan

Berkongsi tawaran istimewa tersebut, Pengurus Pejabat Hadapan, Royale Chulan The Curve, Rajie Simathri berkata, idea berkenaan timbul selepas melihat kecenderungan pelanggan khususnya anak kecil yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.

Iklan

"Pihak kami memahami tidak semua dapat berkhemah di luar sana. Mungkin disebabkan kekangan waktu, ditambah bimbang keselamatan anak-anak dengan cuaca tidak menentu,” katanya.

Justeru, ujar Rajie, pengenalan bilik famili dengan berkonsepkan perkhemahan dapat memberi peluang dan ruang kepada keluarga yang ingin merancang aktiviti liburan di tengah bandar dengan penuh keriangan.

Tidak perlu runsing soal makanan kerana ia tersedia dengan pakej sarapan pagi untuk empat orang.

Makanan sinonim dengan perkhemahan seperti mi segera, air kotak, air mineral dan lain-lain juga tersedia untuk mereka mengisi perut pada sebelah malam.

"Bagi ibu bapa yang merancang untuk cuci mata, tak perlu susah hati kerana lokasi hotel ini sangat strategik dan hanya berjalan kaki sahaja untuk ke gedung membeli-belah terkemuka yang ada termasuklah IKEA Damansara, The Curve dan IPC,” ujarnya.

Selain bilik famili, hotel popular yang terletak di 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu juga memiliki 144 bilik terdiri daripada jenis standard dan superior queen, deluxe queen dan studio (katil king atau queen).

Bagi pelanggan yang mahu menikmati juadah istimewa hotel empat bintang tersebut, Pengurus Outlet Makanan dan Minuman Royale Chulan The Curve, Wan Mohamad Sharul mengesyorkan set nasi campur untuk menu tengah hari serendah RM15 di Kafe Window.

"Bubur sumsum juga antara signatur pencuci mulut yang sememangnya dicari pelanggan setiap hari. Bagi saya bubur seumpama ini susah nak dapat dan ia antara tarikan istimewa kami,” katanya yang memberitahu kafe boleh memuatkan 140 orang pada satu-satu masa.

Orang ramai juga dipelawa untuk merebut peluang menikmati Bufet Jumaat dengan pilihan lebih 30 kulinari menyelerakan pada harga hanya RM25.90.