Polis giat kesan bahagian tubuh lain dibuang di tempat berbeza, tunggu keputusan DNA. Jenazah Cikgu Istiqomah dijangka boleh dituntut minggu depan

Iklan

Iklan
Iklan

KEMATIAN tragis guru, Istiqomah Ahmad Rozi cukup menyayat hati. Selain tidak dapat dikesan selama lapan bulan, mayatnya telah dikerat kepada beberapa bahagian selepas dibunuh kejam!

Dalam perkembangan terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bahagian kepala dan tulang sebelum jenazah pendidik itu dikebumikan.

Iklan

Berikut info yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah:

1- Ujian DNA kepala dan tulang jari dijangka akan diselesaikan selewat-lewatnya minggu hadapan susulan dua bahagian itu adalah antara anggota tubuh yang baharu ditemui.

Iklan

2-Menurutnya, anggota badan itu berjaya ditemui susulan penahanan suspek utama yang merupakan bekas guru.

3-Keputusan DNA jari dan kepala serta arahan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) diperlukan sebelum jenazah dibawa keluar dan dituntut dari hospital.

4- Ashari menjangkakan proses berkenaan akan selesai pada minggu hadapan.

5-Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan bagi membolehkan kertas siasatan dapat dilengkapkan.

6-Ashari berkata PDRM dalam masa yang sama giat mengesan beberapa bahagian anggota lain yang dipercayai dibuang di beberapa kawasan berbeza oleh suspek.

7-Beliau turut memaklumkan siasatan kes berkenaan masih belum lengkap sepenuhnya dan masih banyak tindakan yang perlu diambil untuk memasikan ia disiapkan.

8-Ashari berkata, siaran media akan dibuat oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah selepas segala siasatan selesai.

Pihak keluarga Allahyarham terdahulu menyatakan harapan agar urusan tuntutan jenazah ibu tiga cahaya mata itu dapat diselesaikan secepat mungkin dan merancang membawanya pulang ke Kelantan untuk dikebumikan di di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas.

SinarPlus sebelum ini melaporkan kronologi kehilangan Istiqomah sejak 23 Disember dan penemuan mayat wanita tidak dilengkap yang ditemui orang awam pada 31 Disember berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah disahkan miliknya lapan bulan kemudian.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

Hanya bahagian badan ditemui dengan kepala, kedua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat. Ketika ditemukan, keadaannya sudah mereput dan kering serta disyaki meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari.

Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun hasil risikan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

Sumber: Bernama, Sinar Harian