'Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja.' Nora enggan panjangkan isu cerai, cukup orang tahu status perkahwinan elak fitnah

Iklan

"SEBAGAI manusia saya juga tidak dapat lari daripada membuat kesilapan dan kesalahan."

Demikian perkongsian Datuk Nora Ariffin, 51, susulan penceraiannya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Reda dengan ketentuan takdir, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu juga menyatakan pendiriannya yang enggan memanjangkan isu berkenaan.

"Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respons mengenai isu ini.

Iklan

"Sebagai manusia, saya juga tidak dapat lari daripada berbuat kesilapan dan kesalahan," ujarnya.

Iklan

Dalam hantaran sama, ibu kepada empat cahaya mata itu juga mendedahkan terdahulu hubungannya dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli berjalan dengan lancar.

"Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja.

"Alhamdulillah, saya berlapang dada atas apa yang berlaku dan berserah sahaja dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Mungkin ini terbaik. Jutaan terima kasih kepada anda yang mendoakan saya dan memberikan kata-kata semangat.

"Doa saya yang baik-baik juga untuk kalian semua. #restart," kongsinya.

Dalam hantaran IG Story sebelum ini, Juara Bintang HMI 1991 itu mendedahkan bekas suaminya dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan aksi itu melalui video untuk dijadikan bukti.

Desas-desus rumah tangga Nora dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya (UM) goyah bertebaran sejak tahun lalu, namun, penyanyi itu menyangkalnya.

Sebelum ini, Nora dilapor memberitahu, beliau masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Untuk rekod, penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi pada 2021.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penerbit rakaman Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Sumber: Instagram