Didenda RM480 benarkan ibu pandu kereta tanpa cukai jalan, Nabila Razali mohon maaf. 'Harap ia jadi pengajaran'

Iklan

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali tampil memohon maaf atas pertuduhan berhubung membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.

Iklan
Iklan

Nabila nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu menerusi kenyataan rasmi enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.

Iklan

"Saya mengakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

Iklan

"Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf," katanya.

Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.