Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. 'Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira'

Iklan
Shila Amzah selamat bersalin anak kedua

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama

Lebih menarik lagi, kelahiran si kecil itu cukup istimewa iaitu jatuh pada 30 Syawal 1445H.

Iklan
Iklan

Khabar gembira itu dikongsi Shila dan suami, di laman sosial Instagram yang turut memuat naik sekeping foto si kecil.

Baca juga: Kongsi alahan bersama suami, Shila Amzah teruja dilayan Ubai bak princess. 'Dulu urus sendiri, sekarang suami support'

Iklan

Baca juga: 'Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth' -Ubai

Menzahirkan rasa syukur, Ubai turut meluahkan sebak menyaksikan Shila melahirkan zuriat tercinta.

Iklan

Pertama kali menyambut kelahiran permata hati, Ubai melalui momen indah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

"Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih Ya ALLAH atas rezeki yang ENGKAU kurniakan kepada kami sekeluarga.

"Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy," kongsinya.

Baca juga: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

Baca juga: Dijangka lagi 2 minggu bersalin, Shila Amzah kongsi masuk wad akibat masalah darah rendah. 'Pergi check up kena tahan'

Warga maya dan para peminat menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar si kecil membesar dengan sihat.

Sekadar info, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!