Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

PENYANYI Shila Amzah sah bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial terkenal, Ubai dengan sekali lafaz pada jam 10.27 pagi sebentar tadi (Sabtu).

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Hamzah Salleh atau ND Lala dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.

Pada majlis yang berlangsung di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur itu, penyanyi lagu Patah Seribu itu menerima mas kahwin RM20,000 berserta lima dulang hantaran.

Sementara Shila membalas tujuh dulang buat Ubai. Pun demikian, mereka memilih untuk merahsiakan wang hantaran.

BACA JUGA: ‘Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai & Sha’, luah Shila Amzah kehilangan bakal ibu mentua

BACA JUGA: Shila Amzah, Ubai menuju hari bahagia, bakal disatukan dalam masa terdekat

Sebelum ini, Shila yang juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu.

Iklan

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.

Majlis pernikahan Shila dan Ubai tetap diteruskan walaupun ibu Ubai, Rohani Jamal meninggal dunia pada minggu lalu.

Iklan

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang