Kirei Curated Tsubaki x Doublewoot, gabungan cantik dan gaya

Iklan

TSUBAKI Hair Products, terkenal dengan penyelesaian penjagaan rambut yang mewah dan inovatif, dengan teruja mengumumkan kolaboratif baharu yang menarik dengan Doublewoot Fashion House, peneraju fesyen tinggi dan gaya kontemporari.

TSUBAKI Hair Products, terkenal dengan penyelesaian penjagaan rambut yang mewah dan inovatif, dengan teruja mengumumkan kolaboratif baharu yang menarik dengan Doublewoot Fashion House, peneraju fesyen tinggi dan gaya kontemporari.

Penggabungan kepakaran Tsubaki dalam kesihatan rambut dan kecantikan rekaan fesyen terkini daripada Doublewoot dapat meningkatkan keyakinan dan keanggunan wanita moden.

Iklan
Iklan

Kerjasama yang dinamakan City of Tsubaki itu berlangsung bermula dari 1 Ogos hingga 31 Oktober ini.

Iklan

Bersandarkan kepada slogan Beauty Crush in Power of Camellia, kempen itu menonjolkan gabungan unik kepakaran penjagaan rambut Tsubaki dan inovasi fesyen Doublewoot.

Fokus utama pastinya menerusi koleksi Kirei Curated Tsubaki x Doublewoot, satu barisan fesyen yang direka khas yang melambangkan kecantikan dan kuasa Camellia.

Iklan

Koleksi ini mencerminkan inti pati rangkaian produk Tsubaki, dengan setiap rekaan dibuat untuk melengkapi detik-detik istimewa dalam kehidupan seorang wanita.

Sama ada gaun beri aura elegan sesuai bagi acara makan malam, sut kerja tampak lebih yakin atau pakaian kasual untuk kegunaan harian, koleksi berkenaan bakal memenuhi pelbagai keperluan dipadankan dengan kecantikan rambut.

Koleksi Kirei Curated itu tersedia sehingga Oktober 2024.