PERKAHWINAN Syamsul Yusof yang dibina bersama Ira Kazar menemui jalan akhir selepas disahkan bercerai talak satu.
Dalam pada itu, Ibu kepada pengarah terkenal berkenaan, Datin Patimah Ismail mengakui tidak dapat menahan sebak melihat anak sulungnya itu sekali lagi mengharungi fasa perceraian.
Patimah menerusi Instagramnya berkata, beliau sentiasa mendoakan anak lelakinya itu agar terus kuat bagi menghadapi dugaan hidup.
"Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri."Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmua agar dipermudahkan segala urusan," ujarnya.
Mohd Syamsul Mohd Yusof disahkan bercerai talak satu dengan Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pagi tadi.
Pada masa sama, mahkamah turut mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik selepas mendapati Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
Menurut peguan syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais penceraian itu berlaku dalam keadaan rela tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak.
Iddah bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos).