Lambaian musim panas Taiwan, ini lebih 10 akitiviti menarik halal travel. Jom check it out!

Iklan

SIAPA sangka, Taiwan negara empat musim yang majoritinya berbangsa Tionghua ini tenang dan mesra. Kepulauan yang dihuni kira-kira 23 juta penduduk itu menjanjikan percutian yang paling epik.

Manakan tidak, sapaan manis petugas di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei, pasti menghilangkan rasa bimbang para pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki di republik itu.

Iklan
Iklan

Walaupun majoritinya tidak fasih berbahasa Inggeris, namun setiap pertanyaan pelancong asing pasti ada jawapan dan penyelesaiannya.

Iklan

Walaupun dalam musim panas, kehangatan siang yang dilalui selama enam hari tidak melunturkan semangat untuk tetap menelusuri pelosok republik tersebut.

Bertemakan Jom Taiwan, ia permulaan untuk destinasi itu diangkat sebagai sebuah pusat pelancongan terbaik dunia khasnya pilihan Muslim Malaysia.

Iklan

Ikuti pengalaman penulis bersama 22 rakan media dan pempengaruh Malaysia diterbangkan khas oleh Biro Pelancongan Taiwan ke pulau berkenaan.

20 Ogos 2024: Mulanya eksplorasi

  • Berlepas dari Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.40 pagi.
  • Tiba di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei kira-kira jam 2.15 petang waktu tempatan.
  • Makan malam di restoran mesra Muslim, Zhejiang di tengah-tengah bandar Songshan, Taipei.

21 Ogos 2024: Cabaran Maokong Gondola

  • Menikmati keindahan alam dan uniknya bandar Taipei dengan Maokong Gondola.
  • Makan tengah hari di Safranbolu. Sajian tradisi masyarakat Turkiye.
  • Menelurusi spektrum tersohor Taman Kebudayaan dan Kreatif Songshan.
  • Makan malam di Restoran Muslim Mi Daging Lao Chang, Zhongzheng, Taipei.
  • Merasai kedinginan dan indahnya cahaya malam di bandar Taipei dengan menaiki bas dua tingkat.

22 Ogos 2024: Shen'ao Rail Bike Trail

  • Salam perkenalan Duta Pelancongan Malaysia-Taiwan 2024, Nabila Razali dan pelancaran video klip Jom Taiwan: Jelajah Keajaiban Taiwan Buat Pelancong Muslim.
  • Makan tengah hari berkonsepkan sajian Maghribi di Restoran Mouna, Yanping S Rd, Zhongzheng.
  • Singgah sebentar menikmati pemandangan indah pantai di Rongxing, Ruifang, Taipei.
  • Bakar kalori dengan kayuhan basikal sejauh 4.2 kilometer di landasan kereta api yang ditinggalkan, Shen’ao Rail Bike Trail.
  • Landasan kereta api ini dibina pada tahun 1920-an bagi pengangkutan arang batu. Ia menjadi tinggalan pada tahun 1980-an sebelum dijadikan sebagai laluan berbasikal pada 2002 sekali gus menjadi lokasi panas pelancong.
  • ‘Healing’ sebentar di Venice of Taiwan. Pelabuhan nelayan di Zhengbin, Zhongzheng, Keelung.
  • Tirai penjelajahan hari ketiga di Taiwan ditutup dengan makan malam ala Maghribi di Tajin Moroccan Cuisine.

23 Ogos 2024: Megahnya Taipei 101

  • Menikmati indahnya pemandangan bandar pada ketinggian 89 tingkat menara Taipei 101.
  • Sebuah pencakar langit ikonik di Taiwan, menawarkan pemandangan memukau dan gabungan unik seni bina moden dan estetika Asia tradisional. Kukuh berdiri pada ketinggian 508 meter, Taipei 101 adalah bangunan tertinggi di dunia dari tahun 2004 hingga 2009.
  • Kunjungan ziarah dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Taipei yang menjadi rumah ibadat terbesar dan tertua bagi umat Islam republik itu. Lokasinya adalah di daerah Da’an, Taipei.

  • Makan tengah hari di Restoran Islamik Kunming.
  • Hujan tidak menghalang penjelajahan ke lokasi penuh bersejarah dan ikonik iaitu Jalan Dadaocheng. Dipercayai kewujudannya sejak era pemerintahan Dinasti Qing yang kini bangunan di kiri dan kanan jalannya penuh dengan aura tradisional serta sejarah lampau.
  • Makan malam di Hotel Amba, Ximending.
  • Musim panas di Taiwan tidak menghalang pelancong untuk menikmati indahnya malam dan berbelanja di salah satu lokasi popular untuk ‘kaki beli-belah’.
  • Terkenal dengan aura Harajuku, pusat beli-belah Ximending menawarkan pelbagai barangan bermula dengan makanan, pakaian sehinggalah kepada produk-produk rare. Boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

24 Ogos 2024: Nostalgia Jalan Lama Shifen

  • Bersiar-siar di kawasan perkampungan dengan kereta api bermula dari Stesyen Jingtong, Pingxi menuju ke Jalan Lama Shifen.
  • Pengunjung ditawarkan pengalaman melakar impian masing-masing pada helaian tanglung dan menerbangkannya secara manual.
  • Penjelajahan dengan kereta api diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu Perkampungan Kucing Houtong. Menarik untuk perkongsian, perkampungan yang dihuni ratusan ekor ‘si bulus’ dibawa masuk oleh pelombong arang batu dalam tahun 1918. Kini menjadi salah satu lokasi pelancongan unik dan wajib dilawati setiap pengunjung.
  • Makan tengah hari ala nasi kandar ayam di Moiz Ali, Jalan Xinsan, Daerah Zhongzhen.
  • Membeli manisan wajib Taiwan iaitu tart nanas di Jalan Dalong, Daerah Datong, Taipei.

25 Ogos 2024: Masa untuk pulang

  • Penerbangan pulang ke Malaysia yang ditunda sehingga ke sebelah petang iaitu kira-kira jam 6.40 petang. Ia peluang terbaik untuk membuat tinjauan akhir di kawasan sekitar bandar Taipei dan tidak jauh dari tempat penginapan iaitu Hotel Amba, Shongshan.

5 tip melancong ke Taiwan

1 - Sekiranya anda berkunjung ke republik ini sewaktu musim panas, disaran memakai krim penapis suria, bawa juga payung dan minum air secukupnya.

2 - Disaran mengunjungi Taiwan pada musim luruh dan bunga kerana udaranya lebih dingin serta lebih cantik untuk sesi bergambar.

3 - Bawa bersama beg plastik atau plastik sampah kecil sepanjang anda menjelajahi Taiwan. Ia berikutan kurangnya tong sampah dan negara ini begitu ketat dengan penjagaan kelestarian alam.

4 - Sekiranya ingin berbelanja di pasar malam dan gerai makanan, disaran membawa wang tunai. Namun kedai serbaneka mengamalkan transaksi tanpa tunai.

5 - Mempunyai lebih 150 cawangan FamilyMart di seluruh Taiwan dan paling menggembirakan, ada dijual produk halal.