5 destinasi percutian mesra keluarga di Asia wajib ada dalam list, poin nombor 3 memang ramai yang serbu

Iklan

NEGARA Asia antara destinasi percutian yang menawarkan keunikan budaya, landskap menakjubkan dan kaya dengan peninggalan sejarah tersendiri.

Padanlah, beberapa tempat tersenarai pendek di sana kerap menjadi pilihan ramai untuk bercuti khususnya lokasi yang memiliki iklim empat musim.

Iklan
Iklan

Perkongsian Asia Tours memberi tip sempurna untuk kalian yang bercadang untuk menikmati liburan panjang bersama famili dengan kena dengan bajet dan itinerari untuk pakej full ground.

Iklan

1. Tokyo, Jepun

* Destinasi kota yang sibuk, namun menawarkan pelbagai tarikan menarik yang boleh dikunjungi semua peringkat umur.

Iklan

* Tokyo Disneyland dan DisneySea pasti membuatkan anak-anak tertarik kerana boleh mendekati watak Disney dengan lebih dekat, selain bermain semua permainan sampai puas.

* Selain itu, boleh jalan-jalan di Ueno Zoo untuk melihat panda, gorila dan beruang kutub dan bersantai di Taman Ueno yang penuh dengan pokok ceri, muzium dan menyewa bot di Shinobazu Pond.

* Berikut antara lain tempat yang boleh disinggahi:

i) Pulau Odaiba: Daerah futuristik di Tokyo Bay yang terkenal dengan tarikan muzium seni digital, TeamLab Borderless, Ferris wheel Palette Town atau berehat di pantai buatan Odaiba.

ii) Tokyo Skytree: Menara paling tinggi di dunia untuk menghayati panorama bangunan pencakar langit di kota Jepun.

iii) Muzium Ghibli: Terokai dunia aneh Muzium Ghibli di Mitaka dengan tarikan filem animasi kegemaran Hayao Miyazaki dan mempamerkan kesenian klasik seperti My Neighbor Totoro dan Spirited Away.

iv) Shibuya Crossing: Nikmati pengalaman merentasi persimpangan paling sibuk di dunia sambil cuci mata melihat outlet branded, makanan jalanan dan fesyen di Takeshita Street.

v) Akuarium Sumida: Menyelam ke dalam dunia bawah air untuk melihat pelbagai hidupan marin, penguin, obor-obor dan salamander gergasi.

2. Singapura

* Destinasi kota Singa yang moden dengan seleksi percutian mesra keluarga terkenal seperti Singapore Zoo and Night Safari, Garden by the Bay, Sentosa Island dan Universal Studios Singapura.

* Berikut antara tempat lain yang boleh dilawati:

i) Singapura Botanic Gardens: Eksplorasi keindahan semula jadi Singapura di Taman Botani Singapura yang tersenarai Warisan Dunia UNESCO.

ii) Pusat Sains Singapura: Cetuskan rasa ingin tahu di Pusat Sains Singapura bertaraf dunia yang menjadikan pembelajaran interaktif menyeronokkan untuk seisi keluarga.

iii) Singapore Flyer: Uji keberanian dengan menaiki Singapore Flyer terbesar di dunia yang menjadi mercu tanda ikonik negara Temasik tersebut.

iv) Singapore River Cruise: Pelayaran santai di sepanjang sungai dengan pemandangan patung Merlion, Marina Bay Sands dan Clarke Quay.

v) KidZania Singapore: Lepaskan anak-anak untuk meneroka taman tema tertutup dengan persekitaran realistik dan aktiviti interaktif.

3. Phuket, Thailand

* Pulau terbesar di Thailand memang terkenal dengan keindahan pantai yang menakjubkan, kehidupan malam yang meriah dan pelbagai aktiviti luar.

* Keluarga boleh menghabiskan masa dengan berenang dan bersnorkel di perairan yang jernih, melawat tempat perlindungan gajah atau menerokai jalan-jalan berwarna-warni di Bandar Phuket Lama.

* Phuket juga menjanjikan destinasi menarik seperti berikut:

i) Pulau Phi Phi: Syurga tropika yang terkenal dengan perairan jernih, terumbu karang dan melawat mercu tanda ikonik seperti Maya Bay.

ii) Phang Nga Bay: Temui keajaiban semula jadi Teluk Phang Nga dengan keunikan tebing batu kapur yang menjulang tinggi, lagun tersembunyi, gua laut dan Pulau James Bond.

iii) Phuket Elephant Sanctuary: Anak-anak boleh bermanja dengan gajah jinak dan mengenali usaha pemuliharaan, selain bermain air dan memberi makan gajah.

iv) Splash Jungle Water Park: Sejukkan diri di Splash Jungle Water Park dengan pelbagai jenis gelongsor gergasi, kolam renang dan permainan air.

v) Jungle Zipline Adventure: Tingkatkan keterujaan anak-anak dengan pengembaraan zipline dalam hutan hujan dan air terjun, selain jambatan langit serta halangan udara.

4. Hanoi, Vietnam

* Ibu kota Vietnam yang menawan yang masih mengekalkan tradisi purba di sebalik kemodenan bandaraya pelancongan bersejarah.

* Kalian boleh singgah Old Quarter, Tasik Hoan Kiem dan kuil warisan atau menunggang basikal di tengah kota.

* Berikut antara sebab Hanoi menjadi destinasi mesra keluarga:

i) Tasik Hoan Kiem Lake dan Kuil Ngoc Son: Mulakan penerokaan anda di Tasik Hoan Kiem yang dikelilingi taman ikonik dan melawat Kuil Ngoc Son yang bersejarah.

ii) Old Quarter Exploration: Terokai lorong sempit dan jalan sibuk di Old Quarter untuk melihat seni bina kuno, pasar tradisional dan kehidupan jalanan yang meriah.

iii) Muzium Penjara Hoa Lo: Dikenali sebagai Hanoi Hilton tentang sejarah kolonial Vietnam dan perjuangan zaman perang.

iv) Cyclo Tours: Nikmati pengembaraan kota dengan beca berbasikal tradisional Vietnam merentasi pasar yang sibuk, tanda tempat bersejarah dan bangunan ikonik.

v) Vietnamese Street Food Tours: Isi perut dengan makanan popular Vietnam bermula sup mu pho hinggalah sandwich dan manisan. Paling penting, cari peniaga logo halal.

5. Luang Prabang, Laos

* Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di pergunungan utara Laos dan menjadi destinasi percutian mampu milik.

* Sebuah oasis yang tenang, sesuai untuk pelancong bersama anak-anak beriadah santai sambil menyelami budaya autentik.

* Berikut pilihan destinasi semula jadi yang boleh dipertimbangkan:

i) Air Terjun Kuang Si: Temui keindahan semula jadi kolam biru yang menakjubkan yang terletak di dalam hutan Luang Prabang.

ii) Muzium Istana Diraja Luang Prabang: Terokai bekas kediaman Diraja Laos yang tersenarai di UNESCO.

iii) Mekong River Cruise: Pelayaran santai di sepanjang Sungai Mekong dengan bot panjang tradisional.sambil menghayati perkampungan nelayan, kuil dan Gua Pak Ou, yang terkenal dengan beribu-ribu patung Buddha.

iv) Air Terjun Tad Sae: Wajib singgah Air Terjun Tad Sae, air terjun bertingkat di dalam hutan.

v) Pasar Malam Luang Prabang: Terkenal dengan lokasi shopping murah dengan pelbagai jenis kraftangan, tekstil, cenderamata daripada vendor tempatan.