Syoknya uji keberanian PWAP di Putrajaya, ada 4 tarikan baharu boleh lonjakkan adrenalin. Penat beriadah, boleh rehat dalam glamping

Iklan

MUNGKIN ada yang beranggapan, Putrajaya hanya terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan sahaja, sebenarnya anda kena betulkan kembali tanggapan tersebut.

Ini kerana, lokasi itu kini semakin dikenali sebagai destinasi liburan mesra keluarga terutama untuk aktiviti percutian yang singkat.

Iklan
Iklan

Tarikan terbaharu, Putrajaya Wetland Adventure Park (PWAP) menawarkan empat cabaran keberanian mampu menguji adrenalin pengunjung khususnya anak muda.

Iklan

Penyelianya, Muhamad Azan Salziali berkongsi keunikan terkini PWAP yang menjanjikan keseronokan untuk aktiviti flying fox, leap of faith, abseiling dan wall climbing.

"Tidak cukup dengan itu, cabar andrenalin kalian dengan aktiviti abseiling setinggi 13m. Wall Climbing setinggi 10m wajib dicuba kerana memiliki lima tahap kesukaran dengan dua laluan,” katanya yang beroperasi sejak 16 Ogos lalu.

Iklan

Masih belum puas berseronok? Apa kata cuba penunggangan lasak ATV dengan laluan berbukit yang dikelilingi pokok hutan dan getah yang cukup mendamaikan.

Jarak pemanduan sepanjang 4 kilometer itu membolehkan peserta menikmati pemandangan indah di puncak bukit setinggi 100m dan panorama tasik semula jadi.

Muhamad Azan memberitahu, idea tersebut tercetus kerana mahu memeriahkan keistimewaan PWAP yang sebelum ini sudah memiliki tarikan tersendiri seperti aktiviti glamping, aktiviti air dan berbasikal.

"Kebetulan, ada tanah kosong seluas kira-kira 60x80 kaki persegi yang sesuai untuk dijadikan projek sokongan PWAP bagi memeriahkan lagi aktiviti liburan sama ada hari biasa dan hujung minggu.

"Jangan bimbang soal keselamatan kerana semua staf memiliki sijil pentauliahan dan berpengalaman untuk semua aktiviti adventure yang ditawarkan,” ujarnya yang mengajak orang ramai untuk datang beriadah di sana.

Cerita Muhamad Azan, mereka yang ingin menikmati percutian singkat dengan suasana alam semula jadi disyorkan untuk mencuba penginapan 21 glamping yang ditawarkan di Glow Putrajaya.

"Setelah puas berehat dan bermain air, bolehlah cuba aktiviti air seperti berkayak, paddle bot dan memancing di Lake Recreation Centre dan Pusat Rekreasi Air Taman Botani,” tuturnya.

Soal makanan bukanlah isu besar kerana terdapat banyak pilihan premis makanan enak yang boleh kalian singgah di Putrajaya.