'Ayah layan dia baik, ikat & buang ke sungai sangat kejam!' Anak Sabari dedah suspek kontraktor bina rumah

Iklan

PENGAKHIRAN kes kehilangan warga emas, Sabari Baharom, 62, disusuli tragedi menyayat hati ramai.

Iklan
Iklan

24 hari tanpa jejak, anak bongsu, Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, kehilangan kata-kata apabila dimaklumkan nasib menimpa bapanya apabila dua suspek mengaku mencampakkan mangsa, Sabari ke dalam Sungai Padang Terap.

Menerusi perkongsian Bernama, Muhammad Amir Hakimi yang dilihat turun ke lokasi pencarian bapanya di Wang Tepus, Jitra tidak dapat menahan sebak.

Iklan

Apatah lagi mengenangkan tergamaknya perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan sedangkan Sabari mempunyai hubungan baik dengan suspek.

Iklan

"Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang dalam sungai.

"Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik," kata Muhammad Amir Hakimi yang turut mendakwa suspek dipercayai kontraktor menjalankan kerja pembinaan sebuah rumah terletak berhadapan kediaman bapanya di Baling sejak lima bulan lalu.

24 hari berlalu sejak kehilangan bapa tersayang pada 4 September, Muhammad Amir Hakimi berkata mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad Sabari ditemui secepat mungkin.

"Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi dan berdoa agar jasad ayah ditemui dengan segera," ujarnya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh terdahulu mendedahkan kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan Jumaat lalu.

SinarPlus sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling pada 4 September dan gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangannya menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik beliau ditemui dibakar & 'total lost' di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun pemiliknya itu dilaporkan tiada di tempat kejadian.

Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki pesara pegawai kanan kerajaan itu dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.

Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.